Tidak Matikan Fungsi ‘Auto Pay’ Punca Akaun Uber Eats Lelaki Ini Digunakan Individu Di Poland

Perkhidmatan pengangkutan e-panggilan iaitu Uber pernah muncul sebagai syarikat perkhidmatan yang popular dalam kalangan masyarakat dunia.

Setelah mengumumkan bahawa Uber akan menamatkan khidmat mereka di Malaysia 8 April tahun lalu, ramai juga yang bersedih dan meluahkan rasa kecewa mereka.

Namun, ramai pengguna yang mengaktifkan fungsi pembayaran automatik atau auto pay tidak sedar bahawa tindakan mereka tidak membatalkan khidmat tersebut bakal membawa mudarat kepada diri.

Ini kerana, mereka menyangka setelah Uber ‘dibuang’ dari Malaysia, data-data pengguna akan turut ‘terbuang’. Sedangkan ianya tidak berlaku.

Seorang lelaki, Si EO Hadi yang dahulunya merupakan seorang pengguna khidmat e-panggilan ini telah mengalami penolakan secara automatik di akaun banknya berikutan data auto paynya digunakan oleh individu tidak dikenali di Poland.

https://www.facebook.com/Hadi.Rev/posts/10216512255652524

“Hari ini bangun pagi dapat SMS mengatakan akaun bank Maybank ditolak RM231.38 berlaku pada jam 4 pagi. Setelah disemak, transaksi berlaku melalui akaun Uber Eats dan dari negara Poland. Jika kawan-kawan sebelum ini pernah mempunyai akaun Uber, sila pastikan di bahagian pembayaran kawan-kawan sudah dibuang data kad bank atau kad kredit dari akaun Uber. Sebelum semua ini berlaku, beberapa kali juga dapat emel mengatakan ‘Your Uber account was used on a new device’. Jadi jika kawan-kawan menerima emel seperti itu maka berhati-hatilah ya.”

Auto Pay Uber Eats

Auto Pay Uber Eats

Auto Pay Uber Eats

Untuk anda yang pernah menggunakan perkhidmatan pembayaran secara auto pay untuk aplikasi Uber, harapnya dapatlah mematikan pengaktifan pembayaran dengan cara menelefon pihak bank yang terlibat supaya tidak lagi berlakunya perkara sebegini.

Kreatif betul rakyat Malaysia.

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.