Penangguhan penerbangan memang biasa, tapi yang luar biasanya apabila penerbangan ditangguhkan sehingga hampir 17 jam tanpa penjelasan daripada pihak syarikat penerbangan.
Ini yang berlaku pada seorang lelaki yang menaiki pesawat AirAsia dari Lapangan Terbang Haneda untuk pulang ke Malaysia. Penerbangan yang sepatutnya dinaiki berlepas pada 21 April jam 11.45 malam ditangguhkan hampir 12 jam.
Beliau yang dikenali sebagai Khairul Nizam Omar memberitahu di salah satu hantaran Facebooknya pengumuman penangguhan kali kedua dilakukan kepada masa 7 malam 22 April.
Para penumpang meminta pegawai AirAsia untuk tampil memberikan penjelasan dan penyelesaian kepada masalah tersebut, namun seorang pun tidak memunculkan diri bertemu dengan penumpang yang terkandas.
Namun, dalam hantaran kedua terbaru Khairul Nizam memberitahu 15 minit sebelum mencukupkan tempoh 24 jam penangguhan penerbangan, akhirnya mereka dibenarkan untuk ‘terbang’ pulang ke Malaysia.
Kemudian dalam hantaran terbarunya pada jam 9.45 pagi waktu Malaysia, Khairul memberitahu penumpang penerbangan AirAsia akhirnya sampai di Malaysia. Beliau memahami syarikat AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang murah dan tidak mengharapkan layanan seperti raja.
Namun, sepatutnya pengendalian perkhidmatan dan keselesaan penumpang perlulah tetap mereka ambil perhatian; cekap dan selamat. Khairul turut memberitahu bahawa dia sudah menerima emel daripada AirAsia untuk dokumen dan ganti rugi.
Apa yang perlu anda tahu jika berlakunya perkara sebegini?
1. Buat aduan di laman web Malaysian Aviation Commission (MAVCOM).
2. Pergi ke kaunter penerbangan masing-masing apabila tiba di destinasi dan bawa dokumen seperti berikut:
a) Surat laporan daripada syarikat penerbangan dan butiran tempoh penangguhan serta sebab penangguhan.
b) Boarding pass.
c) Itinerary perjalanan asal (screenshot itinerary perjalanan asal).
Yang penting, sebelum tiba di destinasi, jangan buang dulu apa-apa maklumat. Supaya jika berlaku kejadian seperti ini, mudah untuk anda kepilkan butiran tersebut sebagai bukti.
Kalau masuk memamng tak nampak jalan keluar ni.
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.