Semasa menempah bilik untuk penginapan percutian, ada beberapa risiko yang akan kita hadapi. Antaranya situasi dalam bilik yang sebenar tidak sama seperti diiklankan di platform laman web atau media.
Sebab itulah, pentingnya untuk lakukan survey dan bertanya kepada mereka yang pernah ke sana bagaimana keadaan bilik penginapan supaya keadaan tidak diingini tidak berlaku kepada kita.
Contohnya, seorang wanita, Reinukaa Pupathy terpaksa berputih mata apabila bilik yang beliau tempah semasa bercuti ke Kundasang, Sabah tidak seperti yang diiklankan oleh pihak rumah tumpangan.
Walaupun pemandangan di sekeliling kawasan penginapan sangat cantik dan bersih, tetapi apabila masuk sahaja ke bilik penginapan, semuanya macam tidak terurus seolah-olah pihak pengurusan tidak mengambil kisah keadaan bilik tersebut.
Dinding berkulat, penuh dengan sarang labah-labah malah cadar dan comforter turut sama berkulat dan kotor!
Tak percaya? Boleh lihat dan nilai sendiri gambar di bawah ini. AMARAN! MELIHAT GAMBAR DI BAWAH BAKAL BUATKAN ANDA LOYA.
Sabar. Ada lagi bukti bergambar.
Dekat cadar pun ada? Macam mana mereka expect para pelanggan untuk tidur atas katil macam ini?
Kalau lihat di ruangan komen rata-rata yang pernah ke sana dan menempah bilik yang sama turut mengalami masalah yang sama.
Walau seramai mana pun pelanggan yang menempah bilik tersebut, sepatutnya pihak rumah tumpangan ini bertanggungjawab memastikan perkhidmatan mereka sentiasa bersih dan selesa untuk didiami pelanggan.
Tidak kisahlah semurah mana pun kadar sewa bilik tersebut, jangan sampai mendiskriminasi pelanggan sebegini rupa.
Heaven gila makan dekat sini.
Nasi Arab @Al Rawsha
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.