QSR Cadang Buka Lebih Banyak Cawangan KFC Dan Pizza Hut Halal Di Seluruh Dunia

QSR Brands (M) Holdings Bhd bercadang untuk membuka lebih 67 buah KFC dan 60 buah Pizza Hut di seluruh dunia dalam jangka masa tiga tahun sebagai tempoh perancangan pengembangan perniagaan.

Tambahan pula, firma ini turut mengembangkan perkhidmatan sistem pembayaran secara digital supaya bergerak seiring dengan dunia era digital.

KFC dan Pizza Hut Halal

“Perancangan perkembangan ini masih dijalankan kerana kami percaya kaedah mengetengahkan jenama adalah sangat penting dalam memastikan supaya para pelanggan dapat mengakses cawangan.

Kami percaya bahawa ada potensi yang tinggi untuk perniagaan seperti restoran. Kami berharap dalam masa tiga tahun, akan ada 67 buah restoran KFC dan 60 buah Pizza Hut.” – MD Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil

Dengan menggunakan model perniagaan yang baru, perbelanjaan modal (capex) untuk menjayakan rancangan ini adalah sangat sikit. Selain itu, beliau turut memberitahu untuk setiap cawangan, akan ada individu yang melakukan pelaburan untuk pembukaan kedai.

Manakala untuk peralatan dapur dan pengurusan pula akan disediakan oleh pihak QSR Brands bagi mengurangkan perbelanjaan modal membuka cawangan baru. Buat masa sekarang, QSR Brands sudah menerima penyelidikan dari Pizza Hut dan KFC di Jepun.

KFC dan Pizza Hut Halal

QSR Brands turut akan meluaskan pengaruh mereka semasa di acara Sukan Olimpik Tokyo tahun depan dengan penawaran perkhidmatan dan infrastruktur halal untuk menarik lebih ramai pengunjung hadir ke acara tersebut.

Jangkaan pengunjung bagi acara sukan tersebut untuk tahun depan ialah seramai 20 juta dan 1 juta daripadanya ialah pengunjung Muslim.

Oleh itu, kerajaan Malaysia turut menawarkan bantuan daripada pakar yang mempunyai kelulusan dalam sijil halal bagi membantu dalam penyediaan makanan halal untuk atlet yang bertanding di Olimpik.

Maka selepas ini, walaupun berada di luar Malaysia masih bolehlah kita berkunjung dan menjamu selera di restoran KFC dan Pizza Hut seliaan QSR Brands tanpa risau dengan status halal mereka.

Sumber: Malaysian Reserve

Berapa lama agaknya Chef Amaury belajar untuk jadi semahir ini ya?

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.