Kerajaan Korea Selatan Tegas Halang Kemasukan Pelancong Thailand

Korea Selatan merupakan salah sebuah negara maju yang menjadi destinasi pilihan pelancong seluruh dunia. Tapi bermula Jumaat lepas, hampir 400 orang pelancong Thailand telah dihalang daripada memasuki Korea Selatan.

Ini berikutan daripada peningkatan kadar pelancong Thailand yang memasuki Korea Selatan menggunakan visa pelancong dan bekerja secara haram.

Daripada pemerhatian di beberapa laman Facebook popular, pelancong Thailand dihalang memasuki Korea Selatan antara 19 hingga 21 April telah ditempatkan di satu ruangan dengan akses terhad kepada makanan dan air.

Korea Selatan Halang Kemasukan Pelancong Thailand

Ada juga laman yang memberi amaran kepada rakyat Thailand supaya tidak melancong ke Korea Selatan dalam masa terdekat berikutan daripada musim kekurangan pelancong dan kadar dituduh sebagai pekerja haram oleh pegawai imigrasi adalah tinggi.

Menurut Kementerian Buruh, di antara 11 September 2018 hingga 1 April 2019 sebanyak 3,408 orang rakyat Thailand memohon untuk bekerja di Korea Selatan namun kelulusan hanya diberikan kepada 2,503 orang dan perkara ini menyebabkan mereka yang tidak diluluskan permohonannya mengambil keputusan untuk bekerja tanpa permit.

Sumber: Bangkok Post

Kalau bulan puasa, kedai ini memang penuh dengan pelanggan.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.