Tiga tahun lalu, kecoh kes mengenai Rayani Air yang menggantung operasinya yang berkuat kuasa serta merta pada 8 April 2016 sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat.
Rayani Air pernah terpaksa membatalkan penerbangannya beberapa jam sebelum dijadualkan berlepas berikutan daripada kejadi mogok oleh para juruterbang dan menyebabkan para penumpang tidak berpuas hati.
Pada Jun 2016, Rayani Air yang merupakan syarikat penerbangan pertama patuh syariah di Malaysia diminta memulangkan Sijil Pengendali Udara (AOC) kepada Ketua Pengarah DCA (kini CAAM; Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia) Malaysia setelah satu penyiasatan dikaji dengan teliti.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan DCA membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Operator Udara Rayani Air selepas menyiasat pentadbiran dan audit syarikat selain daripada didapati melanggar syarat ASL Serta kewangan yang lemah.
Pada Jun tahun lalu, Rayani Air telah melunaskan gaji kepada lebih 200 orang kru kabin termasuk kakitangan bergaji rendah yang tertunggak.
Untuk kali ini, bayaran tunggakan gaji akan dilunaskan kepada pekerja yang bergaji lebih tinggi seperti kumpulan pengurusan, juruterbang, pembantu juruterbang, pekerja pengendalian darat serta kakitangan sokongan.
Berjanji akan membayar sebulan gaji penuh pada Mac 2016 hingga 10 April 2016, Ravi memberitahu pelunasan tunggakan dilakukan bukanlah gurauan atau gimik bagi menyambut Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.
Sebaliknya menegaskan ianya adalah serius dan tempoh masa pelunasan adalah lama berikutan daripada pengumpulan dana sebanyak RM1 juta yang melibatkan 123 bekas kakitangan termasuk enam orang juruterbang dan 10 orang pembantu jurterbang.
Ravi turut meminta kepada semua bekas kakitangan yang masih belum mengemukakan maklumat seperti nama penuh, nombor pekerja, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank bagi membolehkan pihak syarikat melunaskan bayaran tertunggak sebelum menjelang Syawal 2019.
Salah seorang bekas juruterbang yang enggan dikenali memberitahu, akibat tunggakan gaji dan elaun sebanyak RM75,00 daripada Rayani Air, beliau telah diisytiharkan muflis.
Sekiranya pihak syarikat benar-benar melunaskan janji mereka untuk membayar tunggakan gaji pekerja, beliau berhasrat untuk menarik balik tuntutan saman yang telah dikemukan di Mahkamah Perusahaan pada Januari 2018.
Sumber: MStar
Yang penting semuanya tepi laut. Pemandangan memang cantik.
5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.