Banyak usaha dilakukan oleh pelbagai organisasi dalam memastikan bulan Ramadan yang anda jalani dihiasi dengan perkara-perkara yang menyeronokkan. Disamping mendapatkan pahala dengan bersedekah, mereka juga berusaha memberikan kegembiraan kepada orang awam.
Tidak terkecuali untuk turut serta, syarikat minyak masak Malaysia iaitu Alif melakukan promosi pemberian sebotol minyak masak 500ml percuma kepada pelanggan mereka di bazar Ramadan.
Menjalinkan kolaborasi bersama Familia Fried Chicken, anda boleh dapatkan sebotol minyak masak percuma dengan pembelian 1 set ayam berharga RM10 sepanjang bulan Ramadan (sementara stok masih ada).
Untuk rebut peluang dapatkan minyak masak Alif secara percuma, anda bolehlah lawati gerai Familia Fried Chicken di lokasi bazar yang tertera seperti gambar di bawah.
Cepat-cepat, promosi terhad kepada 30 orang yang terawal sahaja tau.
Sumber: Familia Fried Chicken
Syurga dunia.
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.