Bila tiba bulan Ramadan, pastinya restoran dan hotel akan berlumba-lumba menawarkan harga pakej bufet Ramadan yang mereka ada kepada para pelanggan. Menerima tempahan daripada individu, kumpulan atau syarikat, ramai yang berpendapat makan bufet di hotel adalah berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Hakikatnya, ramai rakyat Malaysia yang tidak berkesempatan menyertai akibat daripada kekangan kewangan. Tambahan lagi dengan keadaan ekonomi negara sekarang, ramai yang memilih untuk pergi ke bazar atau masak di rumah.
Muak dengan situasi ini, aktres berbakat Malaysia, Maya Karin dengan beraninya membidas golongan yang masih sanggup membayar dengan harga tidak masuk akal walaupun juadah yang diambil semasa berbuka hanyalah sedikit sahaja.
I’m so fed up with the ridiculous prices of Ramadan buffets. And people and companies still pay! 150-200 for adults, 80-100 for kids! Kids! Apa yg diaorang makan? Nasi sikit, ayam sikit, or spagetti sikit. https://t.co/TFWxeWJ7Sn
— Maya Karin (@maya_karin) May 16, 2019
Jika dilihat daripada senarai bufet Ramadan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, harga yang paling murah ditawarkan ialah RM48 untuk kanak-kanak dan RM98 untuk dewasa.
Dalam kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, setakat ini pada bulan Ramadan kadar pembaziran makanan telah meningkat 5,000 tan jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain menjadikan angka tersebut menaik sekitar lebih 20,000 tan.
Melihat kepada isu pembaziran makanan, jelaslah masih ramai yang hanya menganggap ibadah puasa hanya setakat menahan lapar dan dahaga. Aspek bersyukur dengan apa yang ada dan mengingati serta memahami masalah mereka yang lebih susah sudah jauh ditinggalkan hanya kerana mengikut nafsu.
Dalam rantaian kicauannya, Maya Karin sempat menyindir mereka yang mampu membayar harga makan bufet di hotel supaya tidak merungut mengenai isu ekonomi negara.
Pendapat anda bagaimana?
Sumber: Maya Karin
Poyo je Salt Bae ini.
13 Gaya ‘Poyo’ Salt Bae Dalam 3 Minit
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.