KL Antara 10 Bandar Paling ‘Instagrammable’ Di Dunia Bagi Kategori Makanan Dan Pemandangan

Segelintir masyarakat tidak boleh hidup tanpa menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian terutama bagi mereka yang ‘kaki Instagram’. Jadi, tidak hairanlah golongan ini tidak pernah jemu mendokumentasikan aktiviti yang mereka buat, makan dan di mana mereka berada sepanjang hari.

Sebagai rakyat Malaysia, pastilah kita berbangga dengan keunikan pelbagai jenis hidangan tempatan. Begitu juga dengan pemandangan memukau yang kita miliki, menjadikannya sebagai bahan hantaran terbaik di laman sosial Instagram.

Tahukah anda, Kuala Lumpur telah tersenarai antara 10 bandar raya paling instagrammable di dunia untuk tahun 2019 dibawah kategori makanan dan pemandangan? Kajian itu dibuat oleh Hoppa, syarikat pengangkutan yang berpangkalan di United Kingdom berdasarkan Top 50 Most Instagrammed Destinations in The World.

KL instagrammable
Sumber: MyTravel5

Dalam senarai destinasi itu, Kuala Lumpur menduduki tempat 39 tetapi dalam kategori pemandangan menduduki tempat keempat. Manakala kategori makanan jatuh di tempat ketujuh meninggalkan Singapura, Abu Dhabi dan Melbourne.

KL instagrammable
Sumber: Hoppa
KL instagrammable
Sumber: Hoppa

Kajian itu dibuat berdasarkan bilangan hantaran di Instagram dari Mac 2018 hingga Mac 2019 dengan mengandungi tanda pagar terkenal dari setiap destinasi.

Nampaknya, kita boleh tingkatkan lagi kedudukan bandara raya Malaysia terutama dalam kategori makanan, menjadikan antara 3 bandar utama memiliki juadah makanan menarik lagi menyelerakan untuk hantaran Instagram.

Sumber: NST

 

Dengar kata sekarang ni Foldover Chicken ada promosi beli 1 percuma 1.

Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.