Kalau ke Melaka, inilah aktiviti wajib ada dalam senarai. Menaiki cruise dan menikmati keindahan landskap di tepi Sungai Melaka.
BACA: Tambang Melaka River Cruise Naik Lebih 50 Peratus
Namun, kini, pengunjung yang berhasrat melawat ke Melaka dan menaiki cruise, mungkin impian anda terpaksa ditangguhkan berikutan daripada pencemaran yang berlaku di Sungai Melaka.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Azlan Abidin memberitahu, pihak mereka sedang berusaha mengatasi masalah yang bukan sahaja datang daripada air sungai yang berwarna gelap malah bau busuk daripada bangkai ikan juga menyebabkan berlakunya pencemaran bau.
Seramai 60 orang kakitangan giat menjalankan kerja pembersihan selepas menerima banyak aduan daripada pelancong yang menggunakan operasi perkhidmatan bot di Melaka River Cruise.

Siasatan mendapati bahawa air hitam tersebut datangnya daripada Batu Hampar, Batu Berendam yang kemudiannya mengalir ke Sungai Melaka sehingga ke Taman Rempah, iaitu lokasi bot River Cruise dijalankan.
Air yang tercemar tersebut dijangkakan bakal dilepaskan ke laut, namun perlu menunggu air laut pasang dan proses tersebut dilakukan pada jam 12 tengah malam semalam.
Kata Azlan lagi, sekiranya keadaan ini tidak dapat diatasi dengan kadar segera, kemungkinan besar operasi Melaka River Cruise akan ditangguhkan buat sementara waktu.
Semoga cepatlah kerja-kerja pembersihan ini dilakukan dan operasi Melaka River Cruise kembali dapat dijalankan seperti biasa.
Sumber: Harian Metro
Cantik betul kawasan dalam muzium anime di Jepun.
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.