Anda Boleh Rakam Gambar Kenderaan Yang Masuk Lorong Kecemasan

Sempena sambutan hari raya pada tahun ini disambut dalam musim cuti sekolah, dijangkakan kenderaan akan mula membanjiri sepanjang lebuh raya bermula awal cuti sekolah sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengguna jalan raya dinasihatkan memandu cermat dan berhati-hati serta patuhi peraturan jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Dengan keadaan yang mungkin berlaku kesesakan jalan raya, pasti merumitkan keadaan.

Jadi, pengguna jalan raya boleh merakam gambar kenderaan yang dipandu di lorong kecemasan sepanjang Ops Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri ini dan menyalurkannya kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata maklumat yang tepat dan lengkap termasuk nombor pendaftaran kenderaan serta lokasi perlu disertakan bagi memudahkan tindakan susulan diambil.

Namun, orang ramai tiada hak untuk mengambil tindakan sendiri dan perlu menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Jika ada pemandu sengaja memandu di lorong kecemasan, kita mengalu-alukan orang ramai untuk salurkan aduan supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

Ops bersepadu itu yang bertemakan ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’ bermula 26 Mei sehingga 12 Jun.

Manakala Kementerian Pengangkutan mengeluarkan larangan lima hari terhadap kenderaan berat menggunakan jalan raya bermula pada 1,2,3,8 dan 9 Jun ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kesalahan lalu lintas (lorong kecemasan, potong barisan dan lain-lain) yang dilakukan oleh orang awam boleh menyalurkan maklumat kepada JPJ menerusi talian hotline aplikasi Whatsapp 0134498997.

rakam gambar lorong kecemasan
Sumber: FB JPJ
rakam gambar lorong kecemasan
Sumber: FB JPJ

Maka, jika anda terlihat mereka yang tidak bertanggungjawab, bolehlah membuat aduan menerusi talian yang ditetapkan (sertakan sekali nombor aduan).

Sumber: Berita Harian

 

Belanja satu keluarga makan sini. Berbaloi.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.