Ada pepatah mengatakan ‘nak pikat pasangan, pikat dahulu perut mereka’. Semuanya bermula di kawasan dapur. Dikenali sebagai pusat menyemai cinta, ramai yang percaya aktiviti memasak bersama pasangan mampu meningkatkan keintiman dalam rumah tangga.
Akan tetapi tahukah anda, kajian terbaharu menunjukkan bahawa dapur sebenarnya merupakan tempat yang menjadi punca kepada pergaduhan pasangan?
Dengan melihat kepada hubungan dinamik antara 2,000 orang pasangan, hasil mendapati bahawa perkara biasa yang boleh mencetuskan pergaduhan antara pasangan ialah kuantiti bahan yang perlu digunakan semasa penyediaan makanan.
Antara situasi yang boleh mencetuskan pergaduhan semasa aktiviti memasak bersama pasangan ialah:
1. Cubaan ‘menghalang’ kreativiti pasangan dalam mencipta makanan.
2. Perbualan semasa makan yang membawa kepada pergaduhan di dalam hubungan.
3. Kekurangan inspirasi dan kepelbagaian dalam menu makanan yang menyebabkan banyaknya aduan ‘bosan’ dengan makanan yang sama.
4. Berbincang mengenai menu yang akan dimakan memakan masa sekurangnya 10 minit setiap hari membawa kepada jumlah masa 61 jam setahun.
5. Pembaziran makanan yang berlaku.
6. Makanan yang dimasak tidak sedap atau pasangan tidak mempunyai selera makan.
Makanan merupakan pusat kepada kehidupan manusia yang sentiasa akan difikirkan, diperkatakan dan dibincang setiap masa. Untuk kebanyakan orang, makan malam adalah masa yang akan digunakan bersama pasangan untuk bercerita tentang hari mereka.
Namun apabila berlakunya ketidaksefahaman semasa aktiviti memasak, perkara ini akan berlanjutan dan membawa kepada pergaduhan yang lebih besar dan serius.
Perkara ini akhirnya membawa kepada perpisahan pasangan (12%) dan ketidakmahuan untuk memasak bersama pasangan (13%). Manakala satu daripada 10 orang dewasa akan memilih untuk memesan makanan dari luar untuk diri mereka sendiri setelah tidak menerima persetujuan mengenai menu makan malam.
Kajian turut mendapati bahawa kebanyakan pasangan hanya akan menukar menu makanan mereka dua kali seminggu setelah makan menu makanan yang sama untuk lima hari. Antara makanan yang termasuk dalam senarai ulangan ialah piza, spageti, dan sandiwc.
1/3 daripada pasangan turut mengakui bahawa adalah lebih menarik jika pasangan mereka sentiasa melakukan pembaharuan terhadap menu dan memberikan pilihan, serta menyalahkan pasangan masing-masing yang masih terikat dengan ‘prinsip’ mereka.
1/4 pula memberitahu pembaharuan dalam menu akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kos pembelian manakala 24% yang lain mendakwa mengalami hari yang sibuk membuatkan mereka terlalu penat untuk bereksperimen.
Sebenarnya tidak perlu pun bergaduh hanya kerana berbeza pendapat mengenai kuantiti bahan. Perkara tersebut hanya sia-sia dan tidak mendatangkan kebaikan. Ada baiknya, biarkan sahaja pasangan yang lebih pakar melakukan hal mereka di dapur.
Yang paling penting, anda sentiasa ada di sisi pasangan sepanjang proses memasak, dan membantu mengemas apa yang patut. Bukan begitu?
Sumber: Independent
Baru tengok teaser dah meleleh air liur, belum lagi tengok depan-depan.
Baharat Bistro – Set Dulang Nasi Arab #CubaRasa
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.