Perkara yang merisaukan kita apabila pergi melancong ialah apabila berlakunya bencana alam di kawasan yang kita kunjungi. Bencana alam boleh membantutkan suasana melancong kita.
Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana Google Maps tampil dengan ciri baharu dalam menyediakan maklumat bervisual dan amaran bencana alam yang bakal berlaku.
Menerusi ciri baharu itu, pengguna boleh melihat secara terperinci visual bencana alam seperti ribut, banjir atau gempa bumi sekali gus menghindari mereka daripada berkunjung ke lokasi yang berpotensi ditimpa musibah.
Ciri baharu yang dinamakan amaran SOS itu turut menyediakan ringkasan insiden beserta berita-berita terkini, nombor kecemasan untuk dihubungi dan laman web pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Kawasan yang mungkin terjejas akan menerima notifikasi sehari sebelum berlakunya bencana. Jangkaan masa kejadian juga akan dinyatakan secara spesifik.
Selain itu, shakemap yang mana magnitud dan pusat gempa bumi akan turut dipaparkan di dalam aplikasi berkenaan beserta kod warna yang akan digunakan untuk mengenal pasti gempa di kawasan tertentu.
Walaupun ramalan banjir sudah boleh diakses di India, Google Maps merancang untuk terus meningkatkan lebih banyak ciri yang berkaitan dengan bencana, termasuk memberi isyarat kepada pengguna untuk menggunakan laluan yang selamat.
Memang kejadian alam kita tidak dapat jangka, tetapi dengan adanya ciri ini di Google Maps, setidaknya kita boleh bersiap sedia menghadapi bencana alam.
Sumber: Astro Awani
Teringin masakan fusion Arab?
Baharat Bistro – Set Dulang Nasi Arab #CubaRasa [Teaser]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.