Isu Rekaan Botol Klorok-Yogurt Yang Hampir Sama, Ini Respon Tesco

Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkenaan dengan rekaan botol klorok (cecair peluntur) dan yogurt jenama Tesco yang hampir sama jika dilihat seimbas.

Rekaan dua bahan keluaran Tesco yang hampir sama itu mendatangkan kerisauan kepada orang ramai kerana boleh menyebabkan kekeliruan dan mendatangkan bahaya yang bukan sedikit jika diminum.

Botol Klorok Tesco 2
Prihatin dengan isu tersebut, Tesco telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka akan meletakkan tanda amaran keselamatan pada setiap botol klorok supaya pengguna dapat membezakan serta berhati-hati semasa penggunaannya.

Turut menambah kenyataan, setiap botol klorok turut dilengkapi dengan penutup keselamatan kanak-kanak sebagai langkah keselamatan tambahan buat anak-anak semasa di rumah.

Buat masa sekarang, Tesco sedang dalam proses mengeluarkan rekaan bungkusan baharu untuk kesemua rangkaian produk jenama Tesco dan menjangkakan pelancaran semula rangkaian produk Tesco pada separuh masa kedua tahun ini.

Botol Klorok Tesco

Ingatan mesra untuk semua, terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, diharapkan untuk sementara waktu, anda akan lebih peka terhadap perkara ini.

Untuk maklmat lanjut, soalan atau laporan bolehlah hubungi Talian Bantuan Pelanggan Tesco di talian ini: 1300-13-1313

Baru tengok teaser dah meleleh air liur, belum lagi tengok depan-depan.

Baharat Bistro – Set Dulang Nasi Arab #CubaRasa

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.