Untuk yang gemar travel, pastinya mereka perlu sentiasa peka dengan kadar tukaran mata wang asing. Mahu merebut kadar tukaran yang tinggi supaya lebih menguntungkan supaya perbelanjaan dapat dijimatkan walaupun sedikit.
Disebabkan ketiadaan masa, kadangkala kita terlepas untuk beratur di cawangan yang menawarkan tukaran harga termurah. Namun, rupa-rupanya, untuk mereka yang gemar dan selalu travel, tukaran mata wang asing boleh dilakukan secara atas talian sahaja!
Terkejut bukan? Lihat cara wanita ini, katanya tukaran atas talian lebih murah dan berbaloi berbanding di cawangan.
1. Lawati laman Merchantrade eForex.
2. Masukkan jumlah tukaran mata wang anda.

3. Masukkan tarikh, masa dan lokasi kutipan tukaran anda.
4. Lakukan transaksi pembayaran.

5. Semak status pembayaran anda di peti masuk e-mel.
Akhir sekali, anda bolehlah melakukan kutipan mata wang pada hari pilihan anda tadi. Oh ya, jangan lupa bawa sekali butiran yang diminta.
Untuk pengetahuan anda, khidmat tukaran wang ini hanya ada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Lihat senarai cawangan terlibat seperti pada gambar di bawah:
Zaman sekarang ini, semuanya lagi mudah bukan? Tak perlu lagi risau dengan kadar tukaran yang mahal. Gunakan ini, dan anda dapat nikmati penjimatan berbaloi.
Jangan risau, laman ini adalah sah. Beliau sendiri pun dah dua kali melakukan tukaran menggunakan perkhidmatan ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Mariam
Rasa susah nak jumpa laksa sedap penuh isi ikan dekat KL? Jom ke Montelo
Review Bihun Sup & Laksa Utara Citarasa Montelo [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.