Durian Tahi Gajah, Durian Termahal Di Dunia

Jika anda rasa durian Musang King atau durian J-Queen yang paling mahal anda dengar, mungkin anda tersilap.

Sebenarnya durian yang paling mahal di dunia dikenali sebagai durian Tahi Gajah. Kedengaran agak aneh namun durian ini pernah menjadi rebutan suatu ketika dahulu hingga harganya mencecah ribuan ringgit setiap biji!

Durian Tahi Gajah pernah terkenal di daerah Segamat, Johor pada sekitar 1980-an. Pernah menjadi kegilaan tauke balak yang sanggup membayar mahal untuk merasai durian ini.

Durian Tahi Gajah
Sumber: Pengembara Info

Menurut Pegawai Pertanian Daerah Segamat, durian itu dianggap istimiewa kerana mengalami proises pencernaan di dalam perut gajah. Pembeli biasanya percaya ia mempunyai khasiat yang tidak dimiliki durian lain.

Durian ini diberi nama sedemikian kerana prosesnya. Gajah akan menggolek-golekkan buah durian dengan daun kering seolah-olah membalutnya. Kemudian akan telan bulat-bulat sebelum dibuang bersama najisnya.

Durian tersebut tidak dicerna, hanyalah diselaputi dengan najis gajah. Durian yang belum tercerna itu juga dikatakan tidak mengandungi kotoran dan bakteria.

Kemudian akan dikutip oleh individidu yang mengekori gajah sebelum ia dibersihkan.

Kebiasaannya, masyarakat orang Asli akan mengikut jejak gajah yang memakan durian kerana mereka tahu akan dibayar mahal oleh pembeli.

Proses sedemikian samalah seperti kopi tahi musang atau kopi luwak. Zaman sekarang ini masih ada lagikah orang yang makan durian Tahi Gajah? Ada bezakah rasanya dengan durian tanpa proses najis gajah?

Sumber: Harian Metro

 

Nasi Arab sini memang umphhh.

Baharat Bistro – Set Dulang Nasi Arab #CubaRasa [Teaser]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.