Dalam banyak-banyak bawang, bawang putihlah yang paling ‘renyah’ untuk dikupas. Memakan masa yang agak lama sedikit jika dibandingkan dengan mengupas bawang merah, ramai sebenarnya yang ‘angkat tangan’ jika diberikan tugas mengupas bawang putih; terutamanya semasa kenduri atau majlis yang besar-besar.
Apa kata kali ini, kita jadi bijak sikit? Kita gunakan trick yang dikongsikan oleh rakan-rakan di alam maya untuk mengupas bawang putih ini.
1. Masukkan ke dalam gelombang mikro
Masukkan satu labu bawang putih ke dalam gelombang mikro dan panaskan dalam masa kurang dari 20 saat. Haba panas daripada gelombang mikro akan menjadikan kulit bawang putih lebih rapuh dan mudah untuk dikupas.
2. Rendam di dalam air panas
Rendam bawang putih yang sudah dicarikkan (dipisahkan daripada melekat) di dalam air panas selama 10 minit. Kacau air yang berisi bawang putih sekejap sebelum mulakan proses pengupasan.
3. Goncang bawang putih di dalam bekas
Leraikan bawang putih, jangan biarkan ulas-ulas bawang putih melekat antara satu sama lain. Goncang menggunakan bekas bertutup sekuat hati selama seminit.
4. Tekan ulas bawang putih
Dengan menggunakan pisau, tekan setiap ulas bawang putih. Tapi hati-hati, jangan terlebih tekan pula, nanti bawang putih hancur pula.
5. Cucuk dengan menggunakan pisau
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling terbaru yang sudah tular di laman media sosial. Cucuk sahaja ulan bawang putih, gerakkan sedikit pisau dan keluarkan bawang putih dari sarungnya. Sangatlah mudah!
Kalau mak aku tahu semudah ini kupas bawang putih mengamuk dia. pic.twitter.com/pUfU3lALno
— ᴀʟ ʙᴀᴅʀɪ • ᴋᴏᴇɴɪɢsᴇɢɢ (@thesemut) June 17, 2019
Kalaulah dari dulu sudah tahu ini helahnya dalam proses mengupas bawang putih, sudah lama kami kaum wanita jadikan ianya sebagai hobi. Tak perlu minta bantuan suami atau anak-anak pun boleh siap dengan cepat.
Selamat mencuba!
Tengok dia orang makan, terasa macam nak pergi sana pula.
Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.