Mencari makanan halal adalah kewajiban setiap yang bergelar Muslim. Isu makanan halal merupakan suatu yang sensitif kepada masyarakat Islam kerana ianya bakal memberikan implikasi terhadap diri, kehidupan serta ibadah seseorang.
BACA: Hidang Daging Babi, Sijil Halal Restoran Hotel Ini Ditarik
Namun, ada juga di antara umat Islam yang kurang prihatin mengenai perkara ini dan dengan yakinnya menjamu selera di restoran atau gerai makan milik bukan Islam, tambah-tambah lagi yang meletakkan tanda ‘serve no pork’.
Peka dengan keadaan ini, seorang wanita mualaf yang menggunakan nama Facebook Allyssia Affandi menceritakan pengalaman beliau yang pernah bekerja di restoran Cina sebelum masuk Islam.
Walaupun pemilik gerai meletakkan tanda tidak menghidangkan daging babi, namun hakikatnya di belakang tabir masih ada yang menggunakan peralatan memasak untuk memasak daging babi, sama ada pisau, kuali atau pun minyak memasak.
Turut menambah ada sesetengah pemilik restoran yang sengaja mengambil staf wanita bertudung warganegara Indonesia beragama Islam untuk bekerja supaya pelanggan Muslim menganggap bahawa perniagaan restoran yang mereka jalankan itu sebagai halal.
BACA: Gula-Gula Susu Nostalgia Jenama White Rabbit Positif Gelatin Babi
Allyssia memberitahu mi Cina terasa sedap kerana kebanyakan daripadanya menggunakan minyak babi untuk memasak. Pernah merasa sendiri makan di kedai tular yang meletakkan tanda ‘serve no pork’, beliau memberitahu selama 18 tahun pernah merasa makan daging babi beliau tahu jika sesuatu makanan itu menggunakan bahan-bahan tersebut.
Memberitahu niatnya bukan untuk menakutkan masyarakat Islam, sebaliknya sekadar mahu memberikan kesedaran bahawa tidak semua restoran atau kedai makan yang meletakkan tanda ‘serve no pork’ itu 100% halal.
Semoga kita sentiasa sedar dan berusaha mencari yang halal kerana ianya merupakan salah satu kewajiban serta tanggungjawab sebagai Muslim.
Sumber: Allyssia Affandi
Tengok dia orang makan, terasa macam nak makan laksa pula.
Review Bihun Sup & Laksa Utara Citarasa Montelo [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.