AirAsia Kekal Kedudukan Penerbangan Termurah Dunia Selama 11 Tahun

AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah Malaysia sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pesawat penerbangan termurah dunia oleh Skytrax World Airline Awards. Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ke-11 buat AirAsia sepanjang 19 tahun acara anugerah ini dijalankan.

Skytrax World Airline Awards merupakan acara yang dinantikan setiap tahun oleh syarikat penerbangan seluruh dunia kerana prestijnya sama seperti anugerah Oscar di dalam bidang penerbangan.

tiada caj RM3 AirAsia
Sumber: Says

Bukan itu sahaja, AirAsia X yang memenangi anugerah bagi kategori kabin premium termurah dunia turut berjaya menduduki tempat ke-5 sebagai penerbangan tambang rendah.

Manakala Malaysian Airline pula merangkul kemenangan dalam anugerah syarikat penerbangan yang paling banyak menjalani peningkatan.

Pengarah Eksekutif AirAsia Group Berhad, Datuk Kamarudin Meranun memberitahu AirAsia berjaya menjuarai carta kerana ianya merupakan penerbangan yang mampu dinaiki semua selain daripada menawarkan khidmat yang terbaik kepada pelanggan sehinggakan mampu mengalahkan pesawat EasyJet, Norwegian dan Southwest Airlines.

Keputusan bagi anugerah ini dicapai dengan melihat kepada tinjauan kepuasan pelanggan yang mana pada tahun ini diadili oleh 21.6 juta pengembara merentas 100 jenis warganegara.

Lihat senarai penuh kemenangan bagi kategori pesawat penerbangan termurah dunia pada carta bawah:

AirAsia Penerbangan Termurah Dunia 1

Sumber: SkyTrax

Tengok dia orang makan, terasa macam nak pergi sana pula.

Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.