Ini sememangnya berita baik untuk semua ‘peminat kipas susah mati’ Avengers!
Jika anda termasuk dalam golongan tersebut, bergembiralah kerana kabin kediaman Tony Stark dalam filem Avengers: Endgame kini sudah dibuka untuk tempahan umum.
Kabin kediaman Tony Stark merupakan salah satu lokasi dalam babak yang tidak akan peminat lupakan, kerana lokasi tersebut bukan sahaja menjadi saksi dialog ‘I Love You 3,000’ dilafazkan Pepper tetapi juga kepada babak ‘pengebumian’ Tony Stark.
Menggunakan kesempatan yang ada, Airbnb kini menawarkan perkhidmatan sewaan kepada peminat-peminat Endgame untuk mengenang kembali memori Tony Stark di kediaman tiga buah bilik tidur, empat buah katil dan tiga buah tandas dengan kadar RM3,320 semalaman.
Hanya dibenarkan untuk sewaan minimum tiga malam, kediaman ini turut disertakan dengan kolam, unggun api dan parkir percuma. Walaupun terletak di kawasan kediaman peribadi yang sukar dicapai, lokasi ini merupakan lokasi paling ‘panas’ kerana menjadi tempat penggambaran rancangan televisyen serta filem-filem popular lain seperti Black Panter, The Mule dan sebagainya.
fans can now rent #TonyStark cabin on Airbnb]. The actual location of the wooden house was 20 minutes from the Riallan Airport. Now for only $335 per night, you can rent a Tony Stark chalet and then you can cry at the lake where Tony Stark is at funeral. Crazy Heart. pic.twitter.com/s9jxo1Luzh
— Mcu Master (@Mcu_Master01) June 10, 2019
Terletak di tengah Bouckaert Farm di Atlanta dan bersebelahan Chattahoochee Hills, pastinya penginapan ini merupakan penginapan yang paling tidak dapat dilupai. Untuk tempahan, anda bolehlah lawati laman Airbnb di sini.
Sumber: Mirror UK
Tengok dia orang makan, terasa macam nak makan laksa pula.
Review Bihun Sup & Laksa Utara Citarasa Montelo [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.