Taj Mahal Kenakan Denda 10 Kali Ganda Untuk Lawatan Lebih 3 Jam

Jika anda ada perancangan untuk melawat Taj Mahal untuk sesi pelancongan akan datang, sila rancang masa anda sebaik mungkin.

Siapa sahaja tidak terpegun dengan keindahan seni bina tanda cinta Shah Jahan kepada Mumtaz. Tetapi ingat, sekiranya anda menghabiskan masa lebih daripada tiga jam di sana, anda bakal dikenakan bayaran denda mengikut peraturan baharu kerajaan India.

Sebelum memasuki kawasan Taj Mahal, pengunjung akan diberikan token yang hanya boleh digunakan selama tiga jam. Sekiranya mereka mahu menghabiskan masa dengan lebih lama, pengunjung diminta untuk membayar caj tambahan di kaunter terlebih dahulu.

Lawat Taj Mahal Tak Lebih 3 Jam

Mahu melarikan diri? Jangan pernah bermimpi.

Pihak pengurusan Taj Mahal sudah membina pintu gerbang di kawasan masuk dari Timur dan Barat begi mengelakkan kemasukan tanpa izin terjadi. Tujuh buah pintu gerbang telah dipasang, yang mana lima daripadanya adalah pintu keluar, manakala selebihnya disediakan untuk pelancong asing.

Rata-rata pelancong memberikan pendapat bahawa ianya adalah tidak adil kerana limitasi masa menyebabkan mereka tidak dapat menikmati keindahan bangunan itu secara total selain daripada caj tambahan yang dikenakan adalah 10 kali ganda lebih mahal daripada yang dikenakan pada orang tempatan.

Pendapat anda, mahu lawat tetapi terpaksa berjaga-jaga dengan tempoh masa lawatan atau tidak melawat langsung?

Sumber: India Today

Tengok dia orang makan, terasa macam nak pergi sana pula.

Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.