Padah Sengaja Picit Makanan Family Mart, Remaja Ditahan Reman 4 Hari

Gara-gara memuat naik perbuatan memicit makanan di premis Family Mart Nilai, Negeri Sembilan tiga orang remaja lelaki berusia sekitar 18 hingga 20 tahun ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Remaja Rosakkan makanan Family Mart

Semalam, perbuatan remaja yang seronok bergelak ketawa sambil merosakkan makanan di Family Mart dimuat turun di Instagram Story @luqbubbles pada jam 10 malam semalam. Tanpa rasa bersalah, remaja tersebut menekan, menggoncang malah membuka dan meminum air botol yang dijual di premis berkenaan.

https://www.facebook.com/gagsmsia/videos/527174331151298/?__xts__%5B0%5D=68.ARCHdLmEPVUDkbDiXeTW13pygrt1pxbUw0TEoJNoEVCAIhxmABxjAXBywYG6EBtPMQX7ACqgM4IL1Yn6rktJa3O1Zj7mR1wQjj_8y4ynnEKJpnRLjcWZgcVrevoUVt8zjCtJAI5yFVzW5eHW0tthu8cdQbzTM6W1vSCWyCoUR-TEejp1-G0oRoryWklr62UBkWXqRbofPcpiOnKk_FwduJVZYrHayFHGAfD_woph92MIklq-dqrKPDoJ2ckLD15hBC-cuwv_ZapR5Z4G-gIWfUROjhf_v6nW1RW6M4RxG_yrQ5i3LyQMsn2HoyAJI3kOiPWx5rhH52w3xuu9a_og3mveZP5yjbz6DKBEzQ&__tn__=-R

Mendapat kecaman ramai, remaja terbabit membuat penerangan kononnya mereka membeli kesemua makanan yang telah dirosakkan. Mereka turut menerangkan ‘adalah bodoh untuk berbuat demikian kerana premis berkenaan dipenuhi dengan CCTV’.

https://www.facebook.com/TherajaLepakOfficial/videos/1248875405281696/?__xts__%5B0%5D=68.ARCbodwkAHx_m1LoKPqWAefL8tUOJ9-rBAuq_q_CdzRdlXvirNz-A7lZYuR_7jGcZBfLvvfw5yX3goK2v2qg4TbGDqRmMTo2RBBoZmBGgHzyZPln3d3hiukpliy5Wiz8LYUtJfxdtH8d9tKKQxoylt0WPvGrYGXa6ruck8w3bbE-JoMhw4-UHfmdPQDDaU9_5gt1fPbMb2mgdv9-d1MojaADYsgWpG6QOFasNtknGtODaTvv1r5Pcy6_QMGIRBzZH4A2aW3vU1zlTXCgPkZKzy2VLZSgf6y8dBAezXyqR8McDnTRxfz0Vt74U3O2BKBFNslIs126YlcsVr1fzUueLKr_wJw8jTngR0Mjcx8n&__tn__=-R

Netizen yang tidak mudah percaya meminta bukti bahawa makanan yang dirosakkan mereka itu dibeli, contohnya dengan menunjukkan resit pembelian. Tidak lama kemudian, seorang warga Twitter mendakwa pengakuan penerangan membeli makanan yang dirosakkan adalah bohong.

Pihak pengurusan Family Mart akhirnya membuat laporan polis pada jam 11.20 malam semalam berikutan kerugian sebanyak RM30. Menerima perintah reman dari Mahkamah Majistret Seremban, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ke Terengganu, jangan lupa singgah menginap di laguna Redang Island Resort. Macam-macam ada.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.