Tak Tahan Minum Air Sejuk Tanda Metabolisme Badan Rendah – Dr. Imelda Balchin

Perbalahan antara air sejuk dengan air suam, yang mana satu lebih baik untuk kesihatan badan seakan tidak nampak di mana pengakhirannya. Keluarlah berapa banyak kajian pun, ramai masih berpegang pada prinsip yang sama; air sejuk tidak elok untuk kesihatan.

BACA: Mak Cakap Minum Air Sejuk Tidak Elok, Betul Ke?

Baru-baru ini, Dr. Imelda Balchin, pakar obstetrik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya tampil menjelaskan mengenai perkara ini.

Kata beliau, orang yang tidak tahan minum air sejuk mempunyai metabolisma badan yang rendah dan kurang cergas. Manakala mereka yang cergas, berbadan fit, selalu bersukan dan mempunyai metabolisma badan yang tinggi lebih suka memilih air sejuk, terutamanya ketika menjalankan aktiviti bersukan.

Minum Air Sejuk
Sumber: NBC

Air sejuk terbukti meningkatkan prestasi sukan apabila diminum sebelum bersukan jika dibandingkan dengan air suam. Air sejuk mampu mengurangkan peluh seterusnya mengurangkan masalah dehidrasi dan mengurangkan kadar denyutan jantung.

Apabila masalah dehidrasi dan kadar denyutan jantung dapat dikurangkan semasa bersukan, seorang ahli sukan boleh terus bertahan untuk menjalankan aktiviti bersukan dengan masa yang lama tanpa berehat atau pun berehat terlalu cepat.

Dr. Imelda turut menjelaskan, metabolisma badan akan menurun disebabkan oleh proses penuaan badan dan kekurangan jisim badan, terutamanya untuk orang tua yang tidak cergas. Sebab itulah kanak-kanak yang cergas dan aktif sangat suka makan aiskrim dan air ais berbanding orang tua yang tidak tahan.

Metabolisma Badan Minum Air Sejuk

Namun satu pesanan Dr. Imelda, yang tak tahan minum air sejuk janga suruh orang lain berpantang sama. Apa yang baik tetap juga air kosong yang bersih, bukan air manis sama ada dalam suhu sejuk atau panas dan tak perlu susah-susah cari air alkali.

Lepas ini kalau ada yang suruh anda berpantang air sejuk, katakan pada mereka setiap manusia metabolisma badannya tidak sama. Tak perlu beri penerangan susah-susah, suruh sahaja dia baca penerangan Dr. Imelda Balchin ini.

Sumber: Dr. Imelda Balchin

Sedapnya tengok menu durian IKEA.

Review Kek, Puff, Tart dan Freppe Durian [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.