Takut Cuba Makanan Baharu, Salah Satu Fobia Berisiko

Tahukah anda takut untuk mencuba makanan baharu juga digelar sebagai fobia?

Dikenali sebagai Neofobia Makanan, pelaku fobia jenis ini kebanyakannya enggan mencuba atau merasai makanan baharu yang tidak pernah mereka rasai dan ketahui. Fobia pada makanan kebiasaannya terjadi pada golongan kanak-kanak dan orang tua.

Kajian mengenai fobia makanan ini dijalankan di Finland, kohort DILGOM dan kohort biobank Estonia sepanjang tempoh tujuh tahun dalam kalangan individu berumur 25 tahun hingga 74 tahun. Kajian turut mendapati bahawa ianya merupakan penyakit bersifat keturunan dengan 78% daripada responden kembar mempunyai sifat yang sama.

Takut Cuba Makanan Baharu

Tingkah laku memilih makanan ini memberikan kesan terhadap kualiti diet dan kesihatan. Fobia pada makanan dikaitkan dengan kualiti makanan yang lebih buruk, contohnya pengambilan asid lemak dan protein lebih rendah jika dibandingkan dengan pengambilan lemak tepu serta garam.

Tabiat ini seterusnya memabawa kepada kes kesihatan yang lebih serius iaitu diabetes dengan berlakunya peningkatan paras penanda radang dalam darah.

Jadi selepas ini jangan memilih makanan. Selagi ianya tidak memudaratkan diri dan didapati dari sumber yang halal, telan sahajalah.

Sumber: Public Health Malaysia

Bihun sup Montelo memang terbaik!

Review Bihun Sup & Laksa Utara Citarasa Montelo [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.