Menaiki pengangkutan awam, terutamanya yang menyediakan tandas di dalamnya memang mudah. Namun yang tak mudahnya apabila ada sesetengah pengguna dengan selambanya menggunakan tandas tersebut seperti tandas di rumah.
Yang menambah tidak mudah apabila perjalanan jauh dan kita ‘terperangkap’ dalam ruangan yang terhad; segala-galanya perlu dilakukan di sana. Contohnya, perjalanan menaiki pesawat. Dengan penyediaan tandas yang terhad dan perlu dikongsi dengan berpuluh (boleh mencecah ratus) orang memang boleh meningkatkan rasa selesa.
Inilah perkara yang perlu dihadapi oleh kru penerbangan seperti pramugari yang kadangkala mengeluh kerana tandas pesawat yang ‘lencun’ dengan air; ‘bersepah’ sehinggakan ke kawasan cermin, lantai dan mangkuk tandas.
Kebiasaannya, jika penerbangan itu membawa jemaah umrah, mereka akan diperkenalkan dengan botol spray untuk berwuduk. Namun ada juga yang berasa was-was dengan cara tersebut menyebabkan mereka ‘terpaksa’ menggunakan kawasan tandas untuk berwuduk.
Tahukah anda, perbuatan sebegini boleh menyebabkan timbulnya rasa tidak selesa pada pengguna atau penumpang yang lain? Selain daripada membahayakan keselamatan anda.
Jika benar mahu juga menggunakan kawasan tandas pesawat untuk berwuduk, ada tip yang boleh anda gunakan iaitu MEMINIMUMKAN PENGGUNAAN AIR dan JANGAN WAS-WAS.
Selesai berwuduk, bersihkan kawasan yang terkena percikan air. Mungkin pada anda ianya tidak kotor, tapi pada pengguna lain yang tidak tahu mengenai air tersebut mungkin akan merasa tidak selesa.
Benda tidak susah, hanya fahamkan konsep dan anda akan merasa mudah dengan semua perkara. Hidup bermasyarakat kena saling memahami, jangan terlalu fikirkan hal dan hak sendiri sahaja. Fikir juga hak masyarakat.
Bukan begitu?
Sumber: Najmi Farisham
Dekat Baharat, semua ada.
Baharat Bistro – Set Dulang Nasi Arab #CubaRasa [Teaser]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.