Menggunakan haiwan sebagai salah satu tarikan pelancongan negara sering menjadi isu pada masa kini. Negara seperti Thailand banyak dikecam kerana menggunakan tunggangan gajah sebagai produk pelancongan mereka.
Kemboja pula sudah mula mengurangkan aktiviti menunggang gajah di destinasi popular mereka atas faktor aktiviti sedemikian menerima kecaman daripada pihak luar.
BACA: Bermula 2020, Tiada Lagi Aktiviti Tunggang Gajah Di Angkor Wat
Sedang kita sibuk mengecam negara lain, Malaysia juga sebenarnya terpalit dengan siu sebegini apabila netizen menyuarakan pendapat penggunaan kereta lembu demi mengembalikan warisan yang menjadi ikon pelancongan di Melaka.
Menerusi perkongsian di Facebook Melaka Kini, kereta lembu kembali beraksi di sekitar Bandar Hilir.
Kereta lembu menjadi sebahagian identiti bagi pengangkutan utama negeri Melaka suatu ketika dahulu. Bagaimanapun, warisan pengangkutan dua roda tradisional yang menjadi simbol kemasyhuran zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 itu kini hampir pupus sejajar arus pembangunan moden.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2745376255533060&id=1929439100460117&__tn__=-R
Namun, ia menjadi perdebatan dalam kalangan netizen apabila satu rakaman menunjukkan lembu yang membawa muatan sukar untuk bangun semula.
Isu ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberikan komen tidak perlu kembalikan warisan yang memberi penyeksaan kepada haiwan.
“Kalau ini lah lambang tradisi melaka kononnya, aku lebih rela tradisi ini mati sebagai kenangan dari kau kembali kan semula kekejaman dekat lembu lembu ini.”
“Dalam banyak-banyak historical korang nak livin up back..ini jugak dipilihnya…LOL kesian tengok lembu tu”
“Kereta lembu sangat tak relevant dengan zaman yang penuh dengan manusia yang berbadan besar, tak macam dulu manusia masa tu halus/ kurus ja”
“Aku kesian lah. Janganlah buat macam tu. Aku study tourism, tapi taknak benda macam ni”
“Maaf cakap, saya tak setuju kereta lembu jadi produk pelancongan… kesian lembu-lembu tu… sampai naik bonggol kat tengkuk lembu ni…. jangan sebab nak tarik pelancong, kita pula dapat dosa aniaya binatang…”

Ada juga netizen mencadangkan produk pelancongan ini boleh diteruskan tetapi perlu melibatkan beberapa faktor.
“Pada pandangan saya kerajaan negeri kena kaji semula untuk wujudkan tempat dan laluan khas untuk kereta lembu ni. Memandangkan jalan raya di Melaka sekarang ni selalunya jammed. Terutama sekali di waktu kemuncak. Yela, cuba fikir kalau semuanya tertumpu di satu kawasan sahaja dengan adanya beca, kereta lembu dll ianya akan merumitkan lagi keadaan.”
“nak buat boleh tapi pastikan lembu dijaga dengan seeloknya”
Ada yang memberi pendapat, kerajaan negeri sepatutnya memperelokkan lagi produk pelancongan mereka iaitu beca dengan mengekalkan dekorasi seperti zaman dahulu berbanding menaikkan semula warisan kereta lembu.
Apa pendapat anda tentang perkara ini? Wajarkah produk pelancongan seperti ini dikembalikan demi menarik pelancong?