Aktiviti ‘Outdoor’ Di The Habitat Penang Hill Bawa Anda Terokai Alam Semula Jadi

The Habitat Penang Hill merupakan sebuah taman hutan hujan rekreasi berusia 130 milion tahun, dilengkapi dengan beberapa kemudahan dan kawasan pemerhati yang cukup mengagumkan.

Boleh dicapai dengan menaiki kereta kabel Bukit Bendera, The Habitat Penang Hill merupakan kawasan yang wajib dikunjungi oleh peminat alam semula jadi dan aktiviti luar.

The Habitat Hill Penang 13
Sumber: Marco Ferrarese

Dapat berdampingan lebih dekat dengan habitat semula jadi seperti serangga, burung, tumbuh-tumbuhan, reptilia dan sebagainya, mari kita baca perkongsian pengalaman daripada Encik Kimi Jamai semasa di The Habitat Penang Hill.

The Longest Flying Fox I’ve Ever Done!

Kepada anda yang suka menikmati nature sambil lakukan aktiviti outdoor, The Habitat Penang Hill memang patut masuk dalam bucketlist! The Habitat ini sebenarnya macam satu taman rekreasi yang di dalamnya ada beberapa tarikan utama untuk pengunjung lawati iaitu The Colugo Zipline, Curtis Crest (viewpoint platform tertinggi di Penang) dan Langur Way Canopy Walk. Semua tarikan ini dibina supaya pengunjung boleh melayan dan menghargai nature di sini dengan pelbagai kaedah.

Sesi kami dijadualkan jam 2 petang tetapi disebabkan tersangkut dekat base station Penang Hill, kami terpaksa ganjakkan sikit ke jam 3 petang. Oh ya, untuk pergi ke The Habitat ini, anda kena naik ke Penang Hill dulu. Di atas nanti akan ada booth The Habitat untuk mendaftar. Tiket naik Penang Hill untuk warga Malaysia sekitar RM12.

The Habitat Hill Penang

Selepas register, krew The Habitat shuttled kami ke entrance The Habitat menaiki four wheel drive lebih kurang 5 minit dari kawasan utama Top Station Penang Hill, dan ada tiga orang lagi penumpang lain bersama kami.

•The Honeymoon Zip•

Tiket masuk ke The Habitat ialah RM53 untuk orang dewasa dan RM31.80 untuk kanak-kanak. Kalau nak main zipline kena add-on lagi berdasarkan pakej yang anda ambil. Kalau full experience pakej harganya RM104.94.

Lepas register dan dapatkan tiket, kami terus ke platform pertama untuk bersedia ke zipline. Jangan risau, guides akan bagi safety briefing terlebih dahulu sebelum fly. Platform 1 juga dipanggil The Honeymoon Zip, dan ini adalah satu-satunya platform yang boleh fly dua orang sekali. Kalau anda nak cuba The Honeymoon Zip ini sahaja pun boleh, bayarannya RM31.80.

The Habitat Hill Penang 8

Memandangkan ini platform pertama, memang akan ada rasa cuak sedikit dan ziplinenya boleh tahan panjang juga. So brace yourself okay! Kalau ada suami atau isteri yang naik sekali bolehlah pegang tangan untuk mengurangkan sikit kegelisahan anda.

•The Guides•

Dari satu platform ke platform yang lain, guider anda akan selalu ada dan iring sepanjang jalan. Guide yang bantu kami adalah Faris dan Bakesh. Selain darpada bantu kami dengan zipline, mereka juga banyak berkongsi info-info menarik berkaitan dengan hutan flora dan fauna di sekitar The Habitat ini. Barulah kami tahu macam mana sebenarnya rupa pokok Jelutong, pokok Bertam dan banyak lagi pokok-pokok lain yang mereka kongsikan. Both of them super friendly and helpful!

The Habitat Hill Penang 3

•The Other Platforms•

Selepas The Honeymoon Zip tadi, kami terus settlekan platform seterusnya satu per satu. Ada satu platform yang perlukan kami untuk abseiling ke bawah dan satu platform lagi perlu melalui jambatan gantung untuk ke platform yang seterusnya. Selain daripada dua platform itu, semuanya kena fly! Yang abseiling pula memang no joke, memang bergetar juga lutut nak turun weh! Tapi memang seronok!

The Habitat Hill Penang 9

•Curtis Crest & Langur Way Canopy Walk•

Selepas hampir sejam kami fly, akhirnya selesai semua platform dan kami berjalan balik ke platform satu tadi untuk pulangkan harnest dan helmet. Selepas itu, kami bebas untuk teroka tarikan-tarikan lain di The Habitat ini.

The Habitat Hill Penang 7

Kami terus menju ke Curtis Crest iaitu kawasan pemerhatian yang paling tinggi di Penang! So memang kena naik tangga sikitlah untuk sampai ke atas. Binaan Curtis Crest ini memang sedia majestic in its own way dan view yang dapat dilihat dari atas ini lagilah cantik. Kalau dapat tengok sunset mesti lagi cun! Tapi kami tak stay untuk sunset.

Selepas itu kami turun dan bergerak ke Langur Way Canopy Walk. Langur Way adalah canopy walk paling remote dan paling tinggi altitude di dunia guys! Dari atas ini memang boleh nampaklah Andaman Sea dan Selat Melaka dan basically keseluruhan Penang. Kepada yang gayat, jangan risau tak ada rasa bergoyang yang terlampau obvious. Haha. So korang memang boleh menikmati pemandangan dengan tenang!

The Habitat Hill Penang 11

Overall, kami enjoy dengan pengalaman ini dan kami rasa lebih ramai lagi orang patut datang ke sini dan hayati keunikan alam melalui tarikan yang The Habitat Penang Hill dah bangunkan di sini. It’s not too extreme, jadi semua orang pun boleh try! InshaAllah akan pulang dengan penghargaan yang berbeza terhadap alam dan of course ilmu baru tentang flora dan fauna!

Unique Attractions
Clean Facilities
Super Friendly & Knowledgable Guides
Great for Nature Lovers!”

Untuk anda yang teringin melalui pengalaman yang sama, bolehlah ke The Habitat Penang Hill ini. Untuk lihat kemaskini mereka, bolehlah lawati laman Facebook The Habitat Penang Hill di SINI.

**Artikel ini disumbangkan dengan ihsan daripada Encik Kimi Jamai, pemilik blog Chasing The Sun. Untuk ikuti beliau, bolehlah lawati laman Facebooknya, Kimi Jamai atau Chasing The Suns.

Menginap di Laguna Redang Island Resort memang rasa percutian pantai 5 bintang.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.