Kandungan Maltodextrin Dalam Susu Formula Bayi Tak Bahaya

Beberapa hari lepas, tular mengenai kandungan maltodextrin yang didapati dalam susu formula bayi tidak elok kerana meningkatkan kadar gula dalam darah dan didapati bahaya untuk bayi.

Tampil menjelaskan fakta sebenar mengenai maltodextrin, seorang pakar pemakanan, Fizah Sobri membidas kenyataan individu tersebut dengan penjelasan dari sudut kepakarannya.

Maltodextrin dikatakan jahat berdasarkan kepada bacaan Glycemic Index (GI) iaitu kadar kenaikan gula dalam darah. Tapi tahukah anda bacaan GI ini sebenarnya mudah dipengaruhi oleh pelbagai faktor?

Susu Formula Bahaya 2

Kalau nak kata maltodextrin ini jahat, nasi lemak yang rendah bacaan GI daripada nasi putih itu adalah tidak jahat? Tidak adil sekiranya mahu melabelkan sesuatu itu jahat berdasarkan kadar bacaan GI tanpa melihat kepada tujuan utama ianya diletakkan.

Kenapa Maltodextrin ada dalam susu formula bayi?

Maltodextrin merupakan sejenis karbohidrat yang berasal daripada jagung, beras atau kntang yang diletakkan dengan tujuan tertentu:

1. Membantu penyerapan
Maltodextrin merupakan karbohidrat yang sebahagiannya sudah dicerna atau dipecahkan dan ini membantu usus bayi untuk menyerap dengan lebih baik. Kewujudan maltodextrin membantu menurunkan keberangkalian anak-anak anda yang menghadapi lactose intolerance akibat daripada bertukar daripada susu ibu kepada susu formula.

2. Sumber tenaga yang baik
Maltodextrin mempunyai kuantiti kalori yang sama seperti karbohidrat lain. Disebabkan senang diserap, maka kurang juga kebarangkalian usus bayi menjadi sensitif dan mengekalkan hidrasi bayi.

3. Elak susu formula jadi berketul
Maltodextrin membantu dalam mengelakkan susu formula bayi menjadi berketul selain daripada menjadikan tekstur susu lebih berkrim. Bertindak sebagai agen pemekat, maltodextrin membantu anak-anak kenyang dan tidak hyperactive.

4. Elak kekurangan kalori dan zat
Untuk produk bebas laktos, penggunaan maltodextrin adalah penting kerana ianya adalah pengganti paling sesuai untuk mengelakkan kekurangan kalori, zat dan dalam masa yang sama mengekalkan kebaiakan susu.

Beza maltodextrin dan gula

Maltodextrin sangat berbeza dengan gula. Maltodextrin tidak manis, namun yang mempengaruhi kadar bacaan GI yang tinggi adalah disebabkan jenis karbohidrat separa hidrolis (seakan sudah tercerna) yang membuatkannya senang menyerap ke dalam darah.

Susu Formula Bahaya 1

Untuk uji kadar kemanisan bukannya menggunakan GI tetapi Dextrose Equivalent (DE). Semakin tinggi kadar bacaan DE, semakin pendek ‘rantai’ dan semakin rendahlah tahap ketahanan pada haba. Bertambah bahaya bila ianya digabungkan dengan perisa coklat dan gula sukros ketika membancuh minuman manis.

Tapi sekiranya maltodextrin ini digunakan di dalam susu formula, lebih banyak manfaatnya daripada keburukan. Jadi untuk ibu bapa yang anaknya minum susu formula, utamakan yang semua laktos dan elakkan sucrose atau fructose yang kebanyakannya ada dalam susu formula berperisa.

Nak sihat, jangan membuta tuli. Dengar dahulu pendapat daripada yang pakar.

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

Macam-macam ada dekat Baharat.

Baharat Bistro – Set Dulang Nasi Arab #CubaRasa [Teaser]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.