Tidak semua syarikat akan suka atau terima apabila pelanggannya memberi ulasan negatif. Itulah terjadi kepada salah seorang pelanggannya.
Nasib malang berlaku kepada seorang vlogger popular Indonesia apabila dia dikenakan tindakan oleh syarikat penerbangan Garuda Indonesia.

Vlogger tersebut, Rius Vernandes memuat naik hantaran video di Instagram miliknya menunjukkan menu yang ditulis tangan atas sehelai kertas dengan kapsyen, ‘menunya masih dalam proses percetakan pak’.
Hantaran tersebut tular di media sosial dan mendorong netizen Indonesia memerli syarikat penerbangan tersebut. Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu telah memfailkan saman kepada vlogger itu atas sebab isu fitnah.
Menurut pihak syarikat penerbangan itu, menu tulisan tangan tersebut hanya untuk krew kabin sebagai kegunaan peribadi dan bukan untuk penumpang mereka.
Dapat kami sampaikan bahwa ini bukan kartu menu untuk penumpang, melainkan catatan pribadi awak kabin yang tidak untuk disebarluaskan. Terima kasih.
— Garuda Indonesia (@IndonesiaGaruda) July 13, 2019
Pihak mereka juga mempersoalkan bagaimana Risu memperoleh menu tulisan tangan itu dan apakah maksud disebalik perkongsiannya di media sosial.
Perkara tersebut telah disahkan Rius pada hantarannya di Instagram.
“Kami telah dilaporkan kerana memfitnah. Saya pasti anda tahu saya tidak mempunyai sebarang niat untuk memfitnah sesiapa.
“Saya harap anda dapat menyokong saya kerana saya tidak mahu sesiapa yang akan didakwa kerana memberi ulasan tulus dan kritikan membina,” tulisnya di Instagram.
https://www.instagram.com/p/Bz90mjEH3IY/?utm_source=ig_embed
Selepas insiden itu, Garuda Indonesia telah mengeluarkan kenyataan larangan untuk semua bentuk fotografi dan videografi daripada penumpang dan krew kabin atas faktor keselamatan. Jika ada sesiapa yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan daripada pihak penerbangan.
Jika Rius didapati bersalah, vlogger itu mungkin menghadapi hukuman penjara empat tahun atas tuduhan menyebarkan fitnah dalam talian.
Sumber: Mothership SG, Antara News