KFC Perkenal Menu Baharu Ayam Goreng Green Chili Crunch

Kali ini, KFC Malaysia memperkenalkan menu baharu iaitu ayam goreng Green Chili Crunch yang menampilkan gabungan perisa segar dan mengujakan daripada parsli, limau dan cili.

Menu baharu ini bakal menambat selera penggemar ayam goreng yang mengidamkan sentuhan unik masam-masam pedas untuk hidangan KFC.

Ayam KFC Green Chili Crunch ini diperap bersama perapan chimichurri; sos yang diperbuat daripada limau, parsli dan cili yang memberikan sentuhan hijau kepada kerak rangupnya.

KFC Green Chili Crunch

KFC Green Chili Crunch boleh didapati dalam kombo 2 dan 3 ketul ayam, serta hidangan Box. Harganya bermula daripada RM14.90, setiap hidangan kombo didatangkan bersama hidangan sampingan KFC serta secawan minuman.

Manakala hidangan Box didatangkan dengan seketul ayam KFC Green Chili Crunch, burger zinger, hidangan sampingan dan secawan minuman.

KFC Green Chili Crunch kini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara, sementara stok masih ada! Katanya, memang betul-betul warna ayam itu hijau!