Tip Masak Nasi Untuk Orang Bujang Yang Malas Basuh Periuk

Ada sesetengah orang bujang yang lebih gemar memasak daripada melakukan pembelian di kedai. Bukan apa, ianya lebih menjimatkan dan dijamin keselamatan makanannya.

Namun ada satu masalah yang akan dihadapi oleh ramai orang bujang, terutamanya semasa menanak nasi, iaitu kerak nasi.

Tip Masak Nasi Cara Bujang 1

Disebabkan kuantiti beras yang dimasak hanyalah untuk seorang makan, beras di bahagian bawah akan melekat pada periuk dan menjadi kerak yang sukar ditanggalkan.

Ini juga menjadi sebab mengapa periuk perlu direndam terlebih dahulu sebelum dibasuh agar kerak-kerak yang keras tadi akan menjadi lembut.

Ada orang yang tidak suka meninggalkan periuk kotor tanpa dibasuh. Maka mereka akan menggosok periuk sekuat hati menggunakan berus dawai sehingga menyebabkan calar pada periuk.

Tapi sebenarnya ada satu tip untuk anda tanak nasi tanpa perlu risaukan mengenai masalah kerak ini.

Nak tahu macam mana? Jom tonton video di bawah:

Mudah sahaja kan? Hanya gunakan sukatan yang sama, letakkan di dalam mangkuk atau pun cawan dan masukkan ke dalam periuk nasi. Jangan lupa isikan dahulu air di dalam periuk.

Jadi selepas ini tak ada isu malas basuh periuk sampai berkulat periuk dibuatnya atau pun periuk calar semasa mahu menanggalkan kerak. Hasilnya daripada cara ini, nasi bujang anda akan jadi lebih cantik dan tidak berkerak.

Selamat mencuba!

Siapa yang belum cuba menu durian IKEA, kena cuba.

Review Kek, Puff, Tart dan Freppe Durian [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.