Pelampung Gelongsor Runtuh Punca Kanak-Kanak 8 Tahun Terbunuh

Pelampung gelongsor air merupakan salah satu tarikan permainan air yang wajib ada ketika berkunjung ke kawasan permainan air. Kerana hanya dibina menggunakan angin dan bukannya bahan konkrit, ramai yang menyangka bahawa permainan ini lebih selamat berbanding yang lain.

Namun, ini semua menjadi mimpi ngeri buat peminat permainan air apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun disahkan terbunuh selepas pelampung gelongsor air ‘Deep Sea Treasure’ yang dinaiki runtuh secara tiba-tiba.

Kejadian yang berlaku di Fengda International Hot Spring Holiday Resort, Anhiui, China ini sempat dirakam salah seorang saksi kejadian memaparkan ibu mangsa sedang memangku anaknya sambil menjerit meminta bantuan untuk menghubungi ambulans.

Pelampung Gelongsor Air Runtuh 1

Sebahagian struktur atas pelampung yang runtuh Sabtu lalu sekitar jam empat petang waktu tempatan itu dipercayai menyebabkan kesesakan di atas pelampung dan turut menyebabkan kecederaan pada empat orang pelancong lain.

Menurut laporan daripada pihak berkuasa, mangsa (kanak-kanak lapan tahun) dibawa ke Hospital Huangshan untuk rawatan namun telah disahkan meninggal dunia. Punca kemalangan masih lagi disiasat.

Sumber: The Sun UK

Memang eksklusif layanan di Laguna Redang Island Resort ini.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.