Tidak sempurna masakan seperti kari dan gulai tanpa menggunakan santan. Meskipun penyediaan juadah ini nampak mudah, namun ianya sangat mencabar. Ini kerana, jika anda tersilap, masakan tadi akan mengalami masalah santan pecah minyak.
Masalah ini sangat diambil berat oleh nenek-nenek kita. Mereka sangat teliti dalam menyediakan masakan yang menggunakan santan. Walaupun juadah masih boleh dimakan, tetapi ianya agak kurang membangkitkan aroma dalam masakan.
Buat anda yang masih belum mahir dalam masakan yang menggunakan santan, boleh ikut cara yang kami kongsikan ini. Pasti hidangan juadah anda lebih sedap.
1. Gunakan Api Yang Kecil

Untuk masakan yang bersantan, anda perlu lebih berhati-hati dengan penggunaan api. Elakkan menggunakan api yang besar. Ini adalah untuk mengelakkan kuah santan mendidih dan mengelak sekaligus menjadikan santan pecah minyak.
2. Sentiasa Kacau

Pastikan kuah santan sentiasa dikacau dengan perlahan supaya santan tidak bergumpal dan pecah minyak. Sebaiknya kacau dalam satu arah yang sama.
3. Dahulukan Santan Cair

Terdapat dua jenis santan jika kita menggunakan perahan santan parut iaitu santan cair dan santan pekat. Seeloknya, masukkan santan cair dahulu diikuti santan pekat. Setelah dipastikan santan cair telah mendidih dengan elok, barulah dimasukkan santan pekat pula.
Mudahan sahaja anda tidak lagi mengalami masalah santan pecah minyak setelah menggunakan petua yang kami kongsikan ini. Semoga bermanfaat.