Baca Keluhan Lelaki Ini, Mangsa Penganiayaan Kapitalis GrabCar Terhadap Pemandu Mereka

Sudah banyak kisah yang kita dengar mengenai GrabCar, sama ada pemandunya dicabul, dianiaya, dirompak malah ada yang sampai dibunuh oleh para penumpang. Bentuk-bentuk bahaya sebegini membuatkan ramai yang meninggalkan kerjaya sebagai pemandu Grab.

Selepas Uber menarik diri sebagai aplikasi e-hailing, ramai pemandu GrabCar merasakan ianya bakal memberikan kesan tidak baik bukan hanya kepada pemandu malah kepada pengguna sendiri.

Seorang bekas pemandu GrabCar, Nur Hadi Mohamad telah meluahkan perasaan beliau dalam satu hantaran Facebook yang panjang mengenai hal ini.

1. Insentif

Pada awalnya, beliau memandu sekadar separuh masa selepas waktu bekerja dan hujung minggu dengan pendapatan seminggu sekitar RM400 hingga RM500. Ada juga yang menjadikan karier sebagai pemandu Grab sepenuh masa dengan pendapatan boleh mencecah berbelas ribu.

Dahulunya pemandu Grab boleh memilih kerja asalkan peratusan menerima penumpang lebih 30%. Tetapi kini Grab memilih untuk menekan pemandu dengan meletakkan syarat wajib auto-accept, rating ‘sekian sekian’ perlu mencapai had yang mereka tetapkan.

Tanpa ada kompromi, pemandu perlu menerima walaupun ada perjalanan yang jauh diletakkan dengan harga yang sangat rendah. Belum lagi ditambah dengan syarat-syarat tak masuk akal sehinggakan pernah satu ketika beliau berminggu-minggu tidak menerima insentif.

Pemandu Grab Politik
Sumber: HR

2. Ragam penumpang

Dahulunya penumpang GrabCar dikatakan tidak mempunyai kerenah yang pelbagai dengan konsep perkongsian yang mana ‘tumpang kereta orang dan diberikan sedikit duit minyak’. Penumpang dan pemandu ibarat rakan, ada sifat saling menghormati dan memahami.

Namun kini kata beliau, semuanya sekarang sudah tidak wujud. Penumpang kebanyakaannya menganggap pemandu GrabCar sebagai kuli, belum lagi ditambah dengan sikap sombong dan ‘acah-acah diva’.

Pernah suatu ketika, beliau menerima penumpang yang duduk di rumah flat tingkat 15. Bila sudah sampai katanya masih lagi bersiap dan dengan selambanya meminta beliau untuk menunggu.

Mahu membatalkan perjalanan, risau jika memberikan kesan kepada kadar pembatalan yang tidak akan memberikan pemandu insentif. Nak tak nak terpaksa ‘hadap’ juga perangai penumpang yang seperti ini.

Pernah juga beliau menegur, namun akhirnya ia memberi kesan balik kepadanya seperti dilaporkan dengan aduan mengarut dan diberikan rating rendah. Sudahnya beliau pernah ditahan pihak pengurusan Grab daripada memandu sehingga tiga hari.

Bukan itu sahaja, belum lagi bercerita mengenai penumpang yang berasmara, bergaduh, tidak cukup wang untuk melakukan pembayaran, tak mahu mengeluarkan duit untuk membayar tol seperti syarat ditetapkan dan sebagainya.

Pemandu Grab Dicabul
Sumber: NST

Dengan pelbagai pilihan platform untuk penumpang membuat aduan, Grab sebenarnya telah mencipta satu jurang besar antara pemandu dan penumpang yang mana mereka tidak akan memfokuskan etika penumpang menggunakan e-panggilan tetapi lebih kepada menghukum pemandu.

Jika penumpang melakukan kesalahan dan dihalang daripada menggunakan Grab, mereka masih lagi boleh menggunakan akaun lain untuk mendaftar. Bagaimana pula dengan pemandu Grab yang digantung dan dihentikan tugas mereka gara-gara aduan tidak masuk akal penumpang?

Walaupun 90% daripada penumpangnya memberikan rating 5 bintang, pihak GrabCar masih mempercayai 10% penumpangnya yang memberikan rating 4 bintang dan kebawah.

Setiap daripada perjalanan yang mereka lakukan, 20% daripadanya diambil oleh Grab. Beliau pernah menghantar emel dan pergi sendiri ke pejabat Grab untuk mengadu hal ini, namun tidak pernah dipedulikan kerana bagi mereka pemandu Grab datang dan pergi

3. Syarat GrabCar vs syarat kerajaan

Dengan adanya kuatkuasa undang-undang untuk Grab oleh kerajaan, ramai pemandu yang ‘angkat kaki’ walaupun ditawar pelbagai kemudahan oleh Grab seperti tayar baharu.

Bila pemandu kurang, maka keuntungan Grab akan berkurangan dan menyebabkan ‘kesesakan’ pada pihak mereka. Apabila tambang Grab sama sahaja seperti teksi biasa, pastilah ramai yang memilih teksi daripada Grab.

Beliau turut menyokong kerajaan dalam hal ini kerana jika Grab sudah tidak lagi memonopoli pasaran, barulah mereka akan lebih menghargai pemandu sama seperti di zaman Uber dahulu.

batal atau lewat GrabCar didenda
Sumber: Unbox.ph

Mohd Hadi turut sempat menyampaikan pesanan di dalam hantarannya kepada individu yang berhasrat mahu menambah pendapatan sebagai pemandu GrabCar agar sedar sekiranya sudah bergelar pemandu GrabCar, maka mereka adalah kuli.

Sumber: Nur Hadi Mohamad

 

Rasa makanan di Baharat Bistro ini memang rugi kalau tidak dicuba.

Baharat Bistro – Set Dulang Nasi Arab #CubaRasa

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.