Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Bunga’, Ara Johari menerima kecaman hebat daripada netizen apabila beliau memuat naik satu paparan video di Instagram bagi menyahut cabaran makan Mi Pedas Gila bersama buah durian.
Dalam video tersebut, dapat dilihat Ara mengalami muntah-muntah selepas melakukan cabaran.
https://www.instagram.com/p/B0bFk7aHvrf/
Dengan kapsyen di hantaran tersebut, ramai netizen membuat spekulasi beliau dan rakan-rakannya sanggup melakukan cabaran gila tersebut kerana mahu meraih tontonan di YouTube.
Video tersebut turut mengundang kemarahan daripada Nabila Huda yang merasakan cabaran tersebut sebagai benda bodoh (gabungan makanan panas dan pedas) yang boleh membawa padah.
Di Malaysia, seakan sudah menjadi trend mencuba cabaran yang menggabungkan makanan viral dengan makanan lain sehinggakan ada di antara mereka sanggup menggabungkan ‘makanan ekstrem’ yang boleh membawa padah.
Contohnya seperti di atas.
Ya Allah sedapnya menu-menu dekat kafe Mil Moustache ini.
Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.