Apabila pergi melancong terutama destinasi yang jauh dan dalam tempoh yang lama, tempat penginapan terbaik ialah di hotel. Menginap di hotel mempunyai pelbagai fasiliti yang memudahkan aktiviti seharian semasa melancong.
Layanan diberikan apabila menginap di hotel terutama hotel bertaraf lima bintang membuatkan kita berada seperti di rumah kedua. Namun, setiap tempat yang kita menginap tidak kiralah sama ada hotel atau homestay perlulah ada etikanya.
Antara etika perlu dijaga ialah jangan mengambil barangan hotel secara sembarangan. Baru-baru ini, sebuah rakaman tular mengenai satu keluarga pelancong asing kantoi mengambil beberapa barangan dari hotel yang mereka menginap di Bali.
Dalam video tersebut, seorang kakitangan hotel sedang menggeledah beg keluarga pelancong asing yang dikatakan dari India. Tindakan yang dilakukan selepas pihak hotel mendapati bahawa mereka kehilangan beberapa barang.

Kakitangan hotel itu menjumpai sejulah barangan hotel termasuk penyangkut baju, tuala, alat pembesar suara, pengering rambut, losyen, alatan mandi dan beberapa perhiasan bilik.
https://twitter.com/intanpayu/status/1155038497805180929
Menurut sumber, insiden itu berlaku di sebuah hotel bertaraf lima bintang di daerah Gianyar, Bali. Kejadian bermula apabila pihak hotel mendapati beberapa barangan hotel hilang ketika melakukan pemeriksaan bilik.
Pengurusan hotel sempat menyoal sekumpulan pelancong itu sebelum mereka keluar dari hotel. Pada awalnya, mereka tidak mengaku melakukan perbuatan itu namun salah seorang kakitangan hotel ternampak salah seorang daripada mereka membuang barang tersebut sebelum diketahui.
Mereka akhirnya mengakui mengambil barang milik hotel dan meminta maaf kepada pihak hotel serta kembalikan semula barang tersebut. Insiden tersebut tidak dibawa ke pihak polis tetapi pelancong berkenaan membayar ganti rugi barang yang belum ditemui.
Rakaman tular itu membuatkan rata-rata netizen India kecewa dengan tindakan keluarga tersebut kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada pelancong India yang hendak bercuti di Bali.
Sumber: Detik News