RapidKL Kongsi Lokasi ‘Insta-Worthy’ Di Lorong Hantu

Street art atau seni jalanan merupakan seni visual yang dilakukan di kawasan awam mula mendapat tempat setelah berlakunya ledakan seni grafiti pada tahun 1980.

Seni jalanan ini bukan sekadar contengan kosong di dinding, tetapi sebenarnya menyampaikan mesej dan berkomunikasi secara tidak langsung dengan orang awam melalui lukisan.

Ramai yang menjadikan kawasan seni jalanan sebagai kawasan fotografi, termasuklah fotografi untuk majlis perkahwinan dan sebagainya.

Street Art Kwai Chai Hong 2

Di Kuala Lumpur, ada beberapa lokasi seni jalanan yang masih tidak disedari kewujudannya kerana terletak di kawasan yang terpencil.

Kali ini, RapidKL berkongsi satu lokasi seni jalanan yang boleh dicapai hanya dengan menggunakan pengangkutan awam iaitu MRT. Nak tahu di mana? Jom teruskan pembacaan.

Street Art Kwai Chai Hong 5

Terletak di Jalan Panggung, Street Art Kwai Chai Hong boleh dicapai dengan berjalan kaki selama lima minit selepas keluar daripada Pintu A di MRT Pasar Seni.

Street Art Kwai Chai Hong

Street Art Kwai Chai Hong turut dikenali sebagai Lorong Hantu mempamerkan seni tradisional masyarakat Cina era 60-an selain daripada enam seni mural artis tempatan.

Street Art Kwai Chai Hong 4

Merupakan salah satu lokasi insta-worthy, kawasan yang masih mengekalkan struktur bangunan lama ini pada suatu ketika dahulu pernah terkenal dengan aktiviti perjudian dan gangsterism.

Street Art Kwai Chai Hong 6

Dengan tiket masuk percuma, Street Art Kwai Chai Hong dibuka kepada orang awam pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Street Art Kwai Chai Hong 3

Apa tunggu lagi, jom ajak rakan anda ke sini. Tak adalah lepak mall sahaja lepas ini. Boleh jalan-jalan ambil angin di sini selepas ini.

Sumber: RapidKL

Hebat tak hebat Cef Amaury punya kemahiran.

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.