Saman RM10,000 Menanti Perokok Di Premis Makanan Bermula Ogos Ini

Bermula Januari lalu, peringatan untuk larangan merokok sudah dikuatkuasakan di semua premis makanan mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

BACA: Larangan Merokok Di Semua Premis Makanan Berkuatkuasa Tengah Malam Ini

Bermula bulan ini, Kementerian Kesihatan telah mengingatkan kesemua merokok bahawa tempoh pendidikan larangan merokok sudah berakhir Julai lalu.

Ini bermakna bermula Ogos ini, individu yang didapati merokok di mana-mana premis makanan boleh dikenakan saman denda sebanyak RM500 untuk setiap kesalahan.

larangan merokok tengah malam ini
Sumber: Viral Mania

Peka dengan kesihatan orang awam, penguatkuasaan ini akan dilaksanakan sebaiknya oleh kerajaan bagi mengurangkan jumlah kematian yang berpunca daripada rokok.

Turut menyediakan khidmat bantuan kepada mereka yang berhasrat mahu berhenti merokok di klinik kesihatan dan hospita secara percuma, kerajaan berharap agar golongan perokok ini mengurangkan tabiat merokok atau pun berhenti terus daripada merokok.

Mereka yang gagal mengikut peraturan yang ditetapkan bakal berdepan dengan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun manakala pengusaha pula kadar denda boleh melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Sumber: Harian Metro