Kellie’s Castle Lokasi Popular Pengunjung ‘Bertemu’ Hantu

Sebut sahaja Kellie’s Castle, ramai yang akan berkongsikan pengalaman mistik mereka di sini.

Merupakan lokasi popular dan wajib dikunjungi apabila berkunjung ke Ipoh, Kellie’s Castle sebenarnya terletak di kawasan tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Perak.

20150814102004856

Dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka, William Kellie Smith dari Scotland, Kellie’s Castle diinspirasikan daripada istana Moghul di Agra, Inda dan tukang-tukangnya turut dibawa khas dari Madras, Selatan India.

Misteri Kellie’s Castle 2

Malangnya pada tahun 1920, ramai pekerja kontrak yang terlibat dengan pembinaan menghidap penyakit Spanish Flu dan mati. Ini juga menyebabkan rumah itu tidak dapat disiapkan dalam masa yang sudah ditetapkan.

Kemudian Kellie Smith membina sebuah kuil Dewa Mariamman dalam jarak 1,500 meter daripada tapak rumah tersebut bagi melindungi mereka yang tinggal di tanah milik beliau.

Misteri Kellie’s Castle 3

Mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia, Kellie’s Castle dilengkapi dengan lif yang pertama dibina di Tanah Melayu, namun ianya tidak sempat disiapkan selepas Kellie Smith meninggal dunia akibat penyakit pneumonia di Pelabuhan Lisbon, Portugal semasa mahu mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926.

Misteri Kellie’s Castle 1

Kekal dalam keadaan sedang dibina, Kellie’s Castle popular sebagai lokasi pelancongan berhantu dan turut dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem dan drama seperti Anna And The King lakonan Chow Yuen Fatt.

Ramai penduduk di kawasan sekitar percaya bahawa roh keluarga Kellie Smith tidak pernah meninggalkan rumah agam tersebut. Ini kerana ada di antara mereka yang pernah terlibat lembaga menyerupai Wiiliam pada waktu malam di koridor rumah.

Misteri Kellie’s Castle 5

Ada juga yang mendakwa pernah terlihat lembaga berambut kerinting sama seperti Helen, anak perempuan mendiang Kellie Smith memakai blaus berwarna putih di bilik tidur lama beliau.

Kadangkala penduduk mendakwa terbau sesuatu yang wangi di kawasan rumah terbabit. Menambah lagi rasa misteri ialah keadaan kawasan sekeliling yang boleh menyesatkan anda untuk berkunjung ke sini.

Namun, Kerajaan Negeri Perak telah menjaga dan membaik pulih keadaan Kellie’s Castle ini tanpa mengubah struktur asalnya bagi menambahkan lagi jumlah pelancong untuk berkunjung ke sini.

Anda ada pengalaman misteri di Kellie’s Castle? Bolehlah kongsikan bersama kami di ruangan komen Facebook di SINI.

Yang tak pernah lagi ke sini, anda wajib datang dan lihat sendiri aura misteri di bangunan ini.