Lelaki Ini Kongsi Tip Penting Bila ‘Travel’ Dengan Mak Ayah

Di internet terlalu banyak tip-tip yang perlu anda tahu apabila mahu melancong dan bercuti dengan anak-anak kecil atau pun keluarga. Tetapi ramai yang tidak memberitahu apa yang perlu anda lakukan jika anda bercuti sambil membawa ibu dan ayah bersama.

Seorang lelaki yang juga penulis di blog #HHWT, Faruq Senin berkongsikan perkara yang beliau belajar hasil daripada melancong bersama kedua ibu dan ayahnya.

FASA PERANCANGAN

1. Pilih lokasi dan tarikh

Dua perkara ini kelihatannya agak mudah, namun sebenarnya agak mencabar. Jika ibu bapa anda ada lokasi pilihannya sendiri, ianya lebih mudah. Namun jika tidak, anda perlu buat pilihan yang bijak supaya aktiviti yang dilakukan menggembirakan kedua-dua belah pihak.

Antara perkara penting yang perlu dinilai semasa melakukan pemilihan ialah jenis aktiviti yang boleh dilakukan, kemudahan, cuaca dan persediaan dalam menghadapi situasi yang tidak disangkakan.

2. Mencari penginapan sesuai

Kalau anda travel sendiri atau bersama kawan-kawan, mungkin pilihan yang sesuai ialah hotel bajet. Namun apabila membawa kedua ibu bapa anda, adalah disarankan untuk memilih mengikut kemudahan dan keselesaan mereka.

Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang sedikit sensitif mengenai kawasan penginapan mereka, jadi pilih penginapan yang sesuai dengan bajet dan kena dengan selera ibu bapa anda.Tip Bercuti Dengan Ibu Bapa 2

3. Buat kajian dan rancang perjalanan sebaik mungkin

Travel bersama ibu dan bapa tiada istilah gamble. Oleh itu lakukan kajian dengan teliti bagi memastikan keselesaan mereka, contohnya lokasi tempat makan dan kawasan menarik yang akan dilawati berdekatan atau tidak dengan hotel. Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan dan sediakan pelan sokongan.

4. Beri ibu bapa buat pilihan

Kongsikan perjalanan anda dengan ibu bapa anda supaya mereka tahu flow perjalanan dan bersedia dengannya. Dengar pendapat mereka dan biarkan mereka melakukan pilihan. Kadangkala cita rasa mereka yang berusia ini lain sedikit dengan cita rasa anak muda.

SEMASA PERCUTIAN

5. Sentiasa tenang dan sabar

Sentiasa tenang dan sabar melayan kerenah ibu bapa anda. Mungkin kerana berada di luar kawasan selesa mereka, jadi ada ketikanya ibu bapa akan lebih banyak kerenahnya berbanding daripada hari biasa.

Belajar kawal emosi anda dan sentiasa lihat jauh ke hadapan. Ingat anda bawa mereka untuk bercuti dan berseronok. Jangan biarkan emosi menguasai dan merosakkan percutian.

Tip Bercuti Dengan Ibu Bapa 3

6. Toleransi

Sentiasa faham situasi masing-masing dan bertoleransi. Jangan terlalu merasakan bahawa dalam trip ini kita sebagai anak banyak ‘memberi’ tapi fikir juga mereka sebagai ibu bapa pun banyak toleransinya kepada kita.

7. Peka dengan kemampuan mereka

Tenaga orang muda tidak sama dengan tenaga mereka yang berusia. Mungkin anda perlu merancang percutian yang sesuai dengan kemampuan mereka. Jangan terlalu mengejar kuantiti lokasi sehinggakan anda mengabaikan keperluan mereka.

8. Jangan fikir anda seorang sahaja yang unexpected

Bersedialah dengan segala kemungkinan bahawa ibu bapa anda mungkin akan melakukan perkara secara spontan. Mungkin anda fikir ibu bapa anda tidak suka berjalan meneroka perkara-perkara baharu tetapi sebenarnya mereka lebih lincah daripada anda di sana.

Tip Bercuti Dengan Ibu Bapa 1

Bercuti bersama ibu dan ayah sebenarnya mampu menjadikan anda seorang traveller yang lebih baik. Percayalah, ianya akan mengajar anda menjadi lebih tenang, sabar, bertoleransi, pemikir pelan yang baik dan sebagainya.

Jadi selepas ini, mereka yang bercadang untuk travel dengan ibu bapa bolehlah ikuti tip-tip yang beliau kongsikan ini ya. Selamat bercuti!

Sumber: Have Halal Will Travel