11 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Jogja, Khas Untuk Peminat Aktiviti Lasak

Yogya atau Jogja merupakan sebuah bandar yang kaya dengan warisan budaya Indonesia. Menjadi pilihan orang ramai untuk bercuti sama ada dari dalam atau luar negara, Yogya kaya dengan candi tinggalan kerajaan besar zaman dahulu yang berusia lebih ribuan tahun.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Yogya dan ada beberapa di antaranya yang wajib dan rugi jika tidak dijalankan. Nak tahu apa? Kenalah baca:

1. Hutan Pinus Mangunan

Hutan Pinus Mangunan ini terletak lebih kurang 25km dari pekan Jogja. Masuk adalah percuma tetapi bayaran parkir dikenakan kepada kereta iaitu sebanyak 10,000rp (RM 3). Kalau charge untuk motor lebih murah sikit. Hutan Pinus ini sangat unik kerana pokoknya yang disusun sebaris, sesuai dijadikan lokasi bergambar dan juga lokasi untuk pre-wedding photoshoot. Puas saya dan kawan-kawan mencuba bermacam jenis angle semata-mata nak gambar yang cantik.

Tempat Menarik Jogja 1

Tapi maklumlah bukan orang berseni, jadi hasilnya biasa saja. Kami bergambar sendiri-sendiri sebab hammock sentiasa occupied. Kalau teringin nak bergambar di hammock bertingkat boleh sahaja, tapi kena bayar caj tambahan iaitu sebanyak 10,000rp (RM3). Okey lah, tak berapa mahal. Dekat sini ada disediakan juga kemudahan tandas dan surau kepada orang awam.

2. Sandboarding di Gumuk Pasir, Parangkusumo

Kalau di negara sejuk orang bermain salji, di Jogja pula orang bermain sandboarding. Bentuk muka bumi pantai yang berbukit bukit di sini membolehkan aktiviti sandboarding dijadikan salah satu aktiviti popular di kawasan ini. Dinasihatkan untuk pergi pada sebelah petang sebab tidak terlampau panas dan berangin. Tiada bayaran masuk dikenakan ke tempat ini tapi jika hendak mencuba gumuk pasir harganya ialah 150,000rp (RM43) untuk satu papan.

Tempat Menarik Jogja 2

Boleh je kongsi dengan rakan-rakan yang lain, lebih jimat. Akan ada guide yang datang bagi penerangan dan ajar cara-cara bermain. Bersedia untuk jatuh tergolek-golek tapi tak sakit pun sebab berpasir kan. Dah penat bermain, boleh la berjalan di Pantai Parangtritis.

Tempat Menarik Jogja 3

Boleh la tengok ombak di Lautan Hindi. Mesti terkejut sebab tak sama macam laut kita yang tenang. Ada sedikit info yang saya dapat ialah tidak digalakkan duduk di kawasan ini sehingga malam kerana kawasan di sini agak ‘keras’ bak kata orang. Saya pun tak pasti sama ada betul atau tidak tapi memang ada aura seram sikit di sini.

3. Gondola Pantai Timang
Tidak sah percutian ke Jogja kalau tidak pergi ke Pantai Timang. Tempat ini boleh dikatakan highlight percutian pelancong ke Jogja lebih-lebih lagi selepas Running Man sendiri datang ke sini untuk extreme challenge. Pada asalnya gondola ini dibina untuk memudahkan para nelayan menyeberangi lautan untuk menangkap lobster. Tapi sekarang ianya telah dijadikan tempat tarikan pelancong. Gondola ini manual ye. Masa kita naik, memang pekerja-pekerja akan tarik tali gondola sehinggalah kita selamat tiba ke seberang.

Tempat Menarik Jogja 4

Pemandangan di sini memang sangat cantik SubhanAllah. Air laut di sini warnanya hijau kebiruan. Ombak di Timang sangatlah kuat dan angin juga agak kencang. Bayangkan ombak di bawah boleh naik tinggi sehingga ke gondola yang berada lebih kurang 30 meter tingginya. Untuk masuk ke kawasan gondola timang, kita kena menaiki jip. Bayaran masuk ke ialah 50,000rp (RM15) dan tidak termasuk bayaran menaiki gondola sebanyak 150,000 (RM45). Boleh hire photographer untuk tangkap gambar di sini, bayar la seikhlas hati.

Tempat Menarik Jogja 5

Bila dah sampai ke Pantai Timang, haruslah makan lobster. Murah sangat kat sini! 450,000 rp (RM150) untuk sekilo. Sekilo ni banyak okey. Boleh makan tiga orang. Dia akan masak dua jenis lauk. Gemuk-gemuk lobster kat sini. Mana nak cari harga macam ni untuk makan lobster di tempat lain. Tolong cuba, kalau tak sangat rugi. Sampai sekarang saya masih teringat lagi betapa sedapnya lobster di sini. Kalau ada peluang datang lagi, saya nak request semua masak pedas. Lagi sedap dari yang goreng!

Tempat Menarik Jogja 6

4. Tube caving di Gua Kidul

Kebiasaannya orang akan ke Pantai Timang dan Gua Kidul untuk tube caving pada hari yang sama kerana berada di laluan yang sama. Jangan lupa bawak selipar dan baju lebih sebab memang akan basah. Setiap seorang akan diberi life jacket dan pelampung besar untuk masuk ke dalam gua. Kita akan masuk dalam pelampung dan guide akan tarik masuk ke dalam gua sambil bagi penerangan.

Tempat Menarik Jogja 7

Ada banyak stage dalam gua ni. Yang paling epik ialah gelap abadi iaitu memang tiada cahaya langsung di dalam gua. Gelap segelapnya. Lepas dah keluar dari gua, boleh sambung mandi sungai. Bayaran masuk adalah 135,000 rp (RM40) satu kepala. Bagi saya pengalaman di sini biasa saja, tak disyorkan kepada yang rushing tapi boleh saja jika hendak mencuba.

5. Candi Borobudur

Ini juga merupakan highlight para pelancong berkunjung je Jogja. Candi Borobudur ini telah tersenarai dalam ‘One of The 7 Wonders of The World’. Terkenal dengan batu berbentuk loceng yang besar, candi ini juga mempunyai banyak anak tangga untuk sampai ke atas. Seni bina candi ini sangat unik sehingga membuatkan para pelancong tertanya tanya macam mana candi ini dapat dibina pada zaman dahulu sedangkan tidak ada lagi teknologi seperti sekarang. Bayaran masuk candi ini bagi warga asing ialah USD20 (RM83.63). Candi ini dibuka setiap hari sehingga jam 5 petang.

Tempat Menarik Jogja 8

6. Pinus Pengger

Pinus Pengger ni adalah satu kawasan tanah tinggi yang boleh dilawati pada waktu malam. Tip pergi ke sini ialah jangan pergi pada hari minggu sebab kena beratur dengan sangat lama untuk ambil gambar pada satu-satu tempat. Apa yang menariknya di sini ialah semua hiasan adalah menggunakan tema ranting dan dusun. Port yang paling terkenal ialah replika tapak tangan di mana anda boleh bergambar di atasnya. Harga masuk ialah 2,500rp (RM0.73) seorang. Bergambar adalah percuma tapi ada tabung seikhlas hati.

Tempat Menarik Jogja 9 Tempat Menarik Jogja 10

7. Merapi Tour (3 – 5 jam)

Gunung Merapi merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Gunung ini sangat famous dengan tagline ‘Merapi tak pernah ingkar janji’. Ini kerana gunung ini tidak pernah mugkir janji untuk meletus selang empat tahun sekali. Kebiasaannya para pelancong akan bergerak seawal jam 4 pagi untuk melihat sunrise di atas Merapi. Perjalanan naik ke atas juga amat mencabar. Kita harus menyewa jip khas untuk naik ke atas.

Tempat Menarik Jogja 11

Saya syorkan ambil Merapi tour Pak Eda sebab dia sangat pandai ambil gambar dan humble sangat orangnya. Harga adalah 450,00rp (RM120) untuk satu jip. Boleh naik seramai empat orang. Pemandangan di atas gunung ni memang sangat cantik. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Di sini, kita akan belajar sejarah gunung merapi dan kisah-kisah korban Merapi. Lagi satu, kepada penggemar kopi, boleh cuba kopi merapi di sini.

Tempat Menarik Jogja 12

Personally, saya rasa ibu mengandung tak sesuai ke Merapi kerana perjalanan naik ke atas sangat bahaya dan jip bergoncang dengan sangat teruk. Make sure pilih jip yang ada kusyen pelapik tepi. Pengalaman sendiri naik jip yang tiada pelapik sangatlah nightmare sebab terpaksa menahan kesakitan sepanjang perjalanan apabila kaki sentiasa terhantuk di besi jip sepanjang trek. Bila dah sampai di atas, lupa sekejap sakit sebab terpesona dengan pemandangan Merapi, tapi bila nak balik, start nangis balik.

8. Kalibiru

Kalibiru merupakan kawasan tanah tinggi di Jogja. Dari sini kita dapat melihat pemandangan Jogja dari atas. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang dua jam kerana lokasinya yang jauh ke dalam. Tarikan utama di Kalibiru ialah beberapa tempat bergambar yang unik iaitu bertemakan pangkin kayu. Terdapat beberapa check point untuk bergambar di sini dan harga yang perlu dibayar ialah mengikut bilangan kepingan gambar yang diambil. Saya tak berapa pasti tentang kadar bayaran sebab saya hanya pergi ke salah satu check point sahaja.

Tempat Menarik Jogja 13

9. Ayam Penyet Surabaya

Tidak sah melawat Jogja kalau tidak mencuba signature dish Indonesia iaitu ayam penyet terutamanya di ayam penyet Surabaya. Bukan sahaja harganya murah tapi memang sedap tahap infiniti. Sambal dia paling lejen. Walaupun pedas sampai rasa nak menangis tapi still akan makan sampai bertambah pula. Sesiapa yang pernah ke sini mesti setuju dengan saya yang makanan di sini kena dengan rasa orang Malaysia. Kami siap request dekat supir untuk repeat makan di sini pada esok harinya.

Tempat Menarik Jogja 14

10. Jejamuran Resto

Siapa sangka rasa cendawan boleh sama dengan ayam. Dekat restoran ni, semua makanan berunsurkan cendawan. Tapi yang peliknya rasa cendawan ni sedap macam ayam. Harga makanan di sini agak mahal sedikit tapi masih reasonable. Konsep makan di sini ialah nasi berlauk. Jadi, boleh kongsi lauk beramai-ramai. Lebih jimat.

Tempat Menarik Jogja 15

Tempat Menarik Jogja 17

11. Makanan signature Jogja

Bagi saya, travel dan makan berpisah tiada. Sudah menjadi kebiasaan untuk saya mencuba sendiri makanan masyarakat tempatan di tempat yang saya lawati. Antara makanan signature di Jogja ialah Gudeg dan sate Kelatak. Kedua-duanya tidak berapa kena dengan tekak saya tapi ada saya kawan-kawan saya yang suka dengan masakan di sini. Well, masing-masing ada citarasa sendiri.

Tempat Menarik Jogja 16

Tempat Menarik Jogja 18

Satay Klathak ni satay arnab ye kawan-kawan. Di sinilah lokasi Rangga dan Cinta makan malam dalam AADC. Boleh sahaja jika hendak cuba.

Sekian sahaja dari saya untuk beberapa tempat menarik di Jogja. Banyak lagi tempat-tempat lain yang saya pergi seperti yang saya ceritakan di dalam post iti, tetapi ini adalah beberapa tempat yang saya personally rasa unik dan menarik. Kesimpulannya, trip ke Jogja ialah trip yang paling memenatkan tapi paling seronok! Till we meet again Jogja!

**Artikel ini adalah hasil sumbangan daripada pemilik Chasing The Sun, Kimi Jamai dan penulis, Nur Farhana Ana. Untuk ikuti blog CTS, anda bolehlah lawati laman Facebook mereka di SINI.

Paling reccommeded dia punya jajjangmyun. Memamng sedap!

Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.