Bercuti memang untuk berseronok, namun ada risiko yang perlu setiap orang hadapi. Antaranya tindak balas tubuh badan pada cuaca dan keadaan di suasana baharu. Siapa yang tidak sedih jika percutian yang sudah dirancang tidak menjadi kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan seperti kesihatan.
Jadi ubat apa yang perlu dan sesuai untuk dibawa semasa travel sebagai persediaan menghadapi masalah kesihatan? Ini seranainya:
TAK SEDAP BADAN
Jika anda rasa ada kemungkinan untuk anda rasa tidak sedap badan seperti mahu demam, selsema dan batuk ini ubat yang perlu anda bawa:
1. Paracetamol
**Demam, tak sedap badan, pening kepala.
2. Loratadine
**Selsema/ alahan/ gatal.
**Tidak mengantuk, siapa drive boleh ambil.
3. Cloperastine HCl
**Batuk.
4. Bromhexine
**Batuk berkahak.
5. OTC Throat Lozenges
**Melegakan sakit tekak.
**Ada juga buat hilang mengantuk ketika drive.
LOYA/ MABUK JALAN/ CIRIT BIRIT/ KEJANG
1. Dimenhydrinate
**Mengelakkan atau mengurangkan muntah, loya, pening kepala dan mabuk jalan.
2. Charcoal Tablets
**Disarankan pengambilan ketika sakit perut, cirit birit.
**General detoxification agents. Membantu menyahkan toksin di dalam perut.
3. Hyoscine Butylbromide
**Sakit perut, perut kejang dan tidak selesa
4. ORS (Air garam)
**Mengelakkan dehidrasi ketika perjalanan jauh & sakit perut
SAKIT URAT/ LUKA
1. Mefenamic Acid
**Ubat tahan sakit.
2. Pain management cream/ oinments
**Melegakan kekejangan, sakit otot dan lenguh-lenguh di badan.
3. Krim luka
**Mengelakkan jangkitan bakteria untuk luka kecil
4. Plaster luka
**First aid paling simple dan wajib ada pergi mana-mana!
Tak salah kan sediakan payung sebelum hujan. Tapi kebanyakan daripada ubat-ubatan ini merupakan ubatan terkawal. Jangan lupa juga untuk dapatkan nasihat doktor.
Sumber: Farmasi Salam
Paling reccommeded dia punya jajjangmyun. Memamng sedap!
Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.