Biasa kita akan dengar mereka yang melakukan kembara keliling dunia ini merupakan golongan persara pada usia 50 tahun ke atas. Tetapi tidak bagi pasangan dari Singapura ini yang sanggup tinggalkan kerjaya pada usia muda demi memenuhi impian mengelilingi dunia.
Sukar untuk dipercayai apa yang membuatkan mereka memutuskan untuk tinggalkan kerjaya memandangkan di Singapura bakal menaikkan umur persaraan ke 65 tahun, menjadikan negara itu bakal mempunyai pekerja golongan berumur.
Pasangan muda ini, Martin dan Jacinda meninggalkan kehidupan mereka di Singapura dengan melakukan misi mengelilingi benua Eropah terutamanya ke Portugal dengan sebuah van yang dibeli di Malaysia pada harga RM33,344.
Pengembaraan mereka bermula dari Singapura kemudian melalui Malaysia, Thailand, Kemboja, Laos, China, Mongolia, Rusia dan hingga ke Eropah hanya dengan sebuah van yang telah diubah suai. Bagaimana mereka mampu lakukannya?
https://www.instagram.com/p/B1aNbGYB9io/?utm_source=ig_web_copy_link
Menariknya, perkakas yang ada dalam van itu dibeli semasa mereka menjelajah di sekitar Malaysia. Hiasan dalamannya mempunyai ciri-ciri tradisional dan semua bahan masakan disimpan dalam peti simpanan mesra alam mereka.
https://www.instagram.com/p/Bzt_-9_BQoh/?utm_source=ig_embed
Bukan mudah untuk merancang kembara yang memakan masa berhari-hari, berbulan-bulan mahupu bertahun hanya dengan sebuah van kerana perlu memikirkan perancangan dan penjimatan dengan lebih teliti.
Kata-kata “jika anda tidak menyukai kehidupan sekarang, ubahlah” membuatkan Jacinda mengambil keputusan untuk mengubah kehidupannya dari menjalani rutin biasa sebagai rakyat Singapura.
Untuk mengetahui pengembaraan mereka lebih lanjut, boleh menonton di saluran 24 Hour Travellers di Youtube dan boleh ikuti perkembangan mereka di Instagram @mjroadtrippin.
Sumber: Mothership SG
Jom saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!