Pepatah Melayu ada mengatakan, ‘nasi sudah menjadi bubur’ yang membawa maksud tiada gunanya menyesal dengan perkara buruk yang sudah berlaku. Namun dengan kuasa internet, bubur boleh ditukar kembali menjadi nasi.
Hebat bukan?
Tip ini menjadi tular baru-baru ini kerana perkaitannya dengan pepatah Melayu tersebut. Lihat di saat 00:40, yang mana mereka memberikan tip menjadikan nasi yang lembik atau bubur bertukar kepada nasi dengan hanya menggunakan roti.
HOLY SHIT I DIDNT KNOW WE COULD UNDO NASI JADI BUBUR! 😱 pic.twitter.com/GsAvFY4xsb
— zrii. (@zrdzmr) August 24, 2019
Teruja dengan keadaan tersebut, seorang pengguna Twitter dengan ID @AkwaArifin tampil mencuba teori yang boleh mengubah bubur kepada nasi. Jadi ke tidak?
Jom kita test teori yang roti boleh kering kan nasi lembik 🤔 pic.twitter.com/Ac5dJjgyY8
— Akwa Arifin (@AkwaArifin) August 26, 2019
Konkusinya tip daripada pihak Blossom ini memang tak boleh dipakai! Walaupun sudah menggunakan dua keping roti, hasil nasi masih sama. Roti menjadi basah hasil daripada terperap dalam kawasan panas, dan bukannya menyerap air.
Akwa turut memberitahu di dalam video Blossom tersebut tiada dinyatakan sama ada perlu atau tidak membuka suis. Jadi beliau memberitahu beliau akan mencuba sekali lagi dengan menggunakan nasi yang lebih basah.
BACA: Terlebih Air? Jangan Risau Ini Tip Keraskan Kembali Nasi Lembik
Namun setakat ini tiada lagi maklumat terkini mengenai eksperimen beliau. Apa-apa tunggu sahajalah. Tak pun apa kata anda cuba sendiri; sekali dengan suis terbuka dan sekali lagi tanpa membuka suis.
Lepas itu bolehlah kongsikan dengan kami. Selamat mencuba!
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1Gn5DUlqO4/