Restoran makanan segera Burger King memang terkenal dengan menu-menu burger yang menarik dan sedap.
Dengan kepadatan isi daging, ramai yang memilih Burger King sekiranya teringin mencuba menu baharu burger. Tambah pula dengan kupon yang menawarkan promosi hebat, lagi ramailah yang akan ke sana.
Kali ini, Burger King tampil memperkenalkan menu baru iaitu Burger Pedas Wangi.
Tak seindah nama wanginya, burger ini mampu membuatkan anda menangis sehingga terkeluar hingus!
Sesuai dengan namanya, burger set RM15.50 ini dilimpahi dengan sos wangi yang terasa amat cili padinya serta bun roti yang siap ditabur dengan chili flakes.

Datang dengan dua pilihan iaitu Burger Ayam dan Daging, visual burger ini memang tampak menggiurkan.
Antara reaksi netizen yang sudah mencubanya:
Burger ni yg aku belikan untuk adik aku pastu die tanya ni burger ape aku jawab ‘burger wangi’ die cakap ni bukan burger wangi ni burger nak bg org mampos hahahahahaahahhaahahaha mana aku tau burger ni pedas giler😂😂 https://t.co/iFqHP7v4bG
— FN (@FaraaaAzman) September 5, 2019
Aku dah try dah BurgerKing pedas wangi ni. Tapi hari tu tak amik gambar phone habis battery
Sambal dia pedas serious. Better dari KFC Ghost Pepper and sambal dia tu wangi, aku rasa wangi Rosemary
Harga RM15.50. Aku amik set besar jadi RM17. Ye mahal tapi untuk try okey kot pic.twitter.com/GoUhpEapQ8
— Bella Hadidn’t (@nabilfikran10) August 29, 2019
Kebas bibir makan pedas wangi burger king ni. But sedap nak mampussss ugh i nak repeat
— balqis (@bbbaaalllll) August 30, 2019
Jadi bagaimana, tak terasa nak cuba?
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1gY4m9nqYv/