3 Resipi Bubur Asyura Dari 3 Negeri Ini

Sempena bulan Muharram, selain berpuasa, masyarakat Muslim juga menghidangkan bubur asyura bagi menyambut kedatangan bulan Muharram. Bubur asyura sering dimasak ketika 10 Muharram sempena memperingati beberapa peristiwa penting dalam sejarah umat Islam seperti hari Nabi Nuh selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi banjir besar yang melanda dunia pada ketika itu.

Diceritakan, bubur asyura dikaitkan dengan peristiwa Nabi Nuh selepas diselamatkan daripada banjir besar – maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada dan sehingga kini dinamakan bubur asyura.

Setiap negeri memiliki resipi bubur asyura yang berbeza. Seperti di negeri Pahang dan Johor, bubur asyura yang dimasak agak cair dan mempunyai kuah seakan bubur lambuk. Manakala di Terengganu dan Kelantan, bubur asyura dimasak pekat seperti dodol dan sangat lembut.

Boleh cuba mana-mana resipi bubur asyura mengikut kesukaan anda.

1. Bubur Asyura Kedah

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan campur garam
gula pasir ikut manis
gula merah untuk mewarnakanya
1 batang jagung
1 biji pisang didadukan
1 biji keledek didadukan, rebus 1/2 masak
1/2 cawan kacang hijau rebus

Cara memasak:

1. Campurkan tepung, gula, santan dan kacau sebati.
2. Panaskan dengan api perlahan, setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan tadi kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalau keras tambah sedikit lagi santan.
3. Angkat dan tuang dalam loyang, sejukkan dan potong.

Resipi Bubur Asyura
Sumber: 41a.net

2. Bubur Asyura Kelantan

Bahan-bahan:
Beras
1kg ubi keledek
1kg kacang hijau
7/8kg santan pekat
8-10kg isi ayam atau daging lembu yang direbus dan dicarik-carik isinya
3 tin jagung dalam tin
9kg gula (boleh dikurangkan)
250 gram garam
1 keping halia dikisar
20 batang serai dikisar
2kg rempah asyura

Cara memasak:

1. Masak air di dalam periuk besar, apabila mendidih masukkan beras yang telah dibersihkan, kacang hijau dan ubi keledek.
2. Kacau sehingga betul-betul pekat, barulah masukkan santan. Kacau lagi kemudian masukkan gula. Kacau lagi sehingga bubur menjadi semakin likat.
3. Masukkan serai dan halia yang dikisar dan tumis dengan sedikit minyak di dalam kuali lain. Setelah wangi, masukkan rempah asyura. Masukkan bahan yang ditumis di dalam periuk. Kacau sehingga bertambah likat.
4. Masukkan isi daging/ayam dan kacau lagi. Masukkan jagung dan akhir sekali garam.

Resipi Bubur Asyura

3. Bubur Asyura Johor

Bahan-bahan:
2 cawan beras
2-3 senduk santan
1 labu bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
2 cawan lebih daging lembu kisar/ daging ayam kisar
1 sudu kecil serbuk lada putih dan lada hitam
Kekacang (kacang tanah, kacang kuda dan lain-lain – direndam semalaman)
Sedikit daun sup/ daun saderi dipotong halus
Kentang dan lobak merah secukupnya dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng
4 sudu besar rempah soto (jika tiada, boleh letak serbuk rempah sup dan serbuk rempah kurma)
1 sup bunjut
Rempah 4 sekawan
Air secukupnya

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar -tumis hingga sedikit garing & naik bau.
2. Bancuh perencah soto/ sup dengan ½ cawan air, masukkan dalam tumisan tadi dan tumis seketika.
3. Masukkan daging/ ayam, masukkan lada hitam/putih dan sup bunjut dengan sedikit air kemudian kacau seketika masukkan beras, kekacang jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula dan serbuk pati ayam jika suka, biarkan ia mendidih
4. Apabila beras hampir kembang, baru masukkan kentang dan lobak merah, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.
5. Apabila sudah masak, tabur bawang goreng dan daun sup/ daun saderi.
6. Sedia dihidangkan panas-panas seperti telur dadar halus, daun sup/daun saderi dan serunding ikan/daging/ayam.

Resipi Bubur Asyura
Sumber: Pinterest

Selamat mencuba!