Jika sebelum ini Pizza Hut memperkenalkan menu Durian Cheese yang mendapat perhatian ramai kerana keunikan gabungan rasa durian bersama keju dalam bentuk piza, kali ini mereka kembali lagi dengan menu baharu iaitu Black Volcano sempena menyambut hujung tahun yang kunjung tiba.
Memperkenalkan menu yang dievolusi, piza Black Volcano merupakan piza pertama yang didatangkan dengan kerak berwarna hitam hasil daripada doh yang telah diadun bersama arang.
Dengan pembakaran sempurna dan dipenuhi keju melimpah seperti volcano atau gunung berapi, piza ini membawakan elemen dramatik yang menawarkan pengalaman berbeza daripada setiap gigitan.
Dilengkapi dengan 24 biji doh arang bersama ketulan ayam rangup di bahagian atas, piza Black Volcano ini hanya ditawarkan dalam masa terhad sahaja dengan harga bermula RM44.50 untuk menu ala carte saiz biasa.
Rasanya dengan menonton paparan video di pautan bawah, pasti anda akan lebih tergoda untuk mencuba menu baharu ini.
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2WJ9y4FHd6/