Skybridge KLCC Tawar Promosi Tiket Serendah RM10

Skybridge KLCC tawar promosi tiket serendah RM10.

Bergelar rakyat Malaysia, menara berkembar Petronas adalah salah satu destinasi wajib kunjung biarpun cuma sekali seumur hidup.

Dikenali sebagai mercu tanda Malaysia yang terkenal di persada antarabangsa, dua menara yang dihubungkan oleh jejantas udara menjadi tarikan pengunjung apabila berkunjung ke sini.

Skybridge KLCC Tawar Promosi Tiket Serendah RM10 2

Daripada tingkat 41 menara ini, pengunjung akan dapat melihat keseluruhan panorama kota raya Kuala Lumpur.

BACA: Ini Cara Beli Tiket Aquaria KLCC Dengan Harga Murah

Dengan harga promosi serendah RM10 untuk kanak-kanak dan RM20 untuk orang dewasa/warga emas pemegang MyKad, rasanya inilah peluang keemasan yang perlu rakyat Malaysia rebut untuk merasai pengalaman berharga ini.

Skybridge KLCC Tawar Promosi Tiket Serendah RM10 1

Waktu operasi:

Skybridge KLCC Tawar Promosi Tiket Serendah RM10 3

Pengunjung akan diberikan masa 15 minit di Skyridge sebelum akan dibawa naik ke tingkat atas yang mana dari tingkat inilah pengunjung akan diberikan masa lagi 15 minit untuk menyaksikan pemandangan yang lebih menakjubkan dari di Skybridge.

Skybridge KLCC Tawar Promosi Tiket Serendah RM10

Jadi tiket tengah murah, jangan lepaskan peluang untuk grab tiket ke Skybridge KLCC ini.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah lawati laman Petronas Twin Towers DI SINI.

Oh ya kalau nak dapatkan tiket murah ke Aquaria KLCC, bolehlah gunakan CARA INI untuk pilihan harga yang lebih berbaloi.

Aquaria KLCC boleh diibaratkan seperti sebuah akuarium besar yang mempunyai kelasnya tersendiri. Ibarat anda hidup di dalam laut adalah pengalaman yang bakal dirasai di Aquaria KLCC.

Selamat mencuba!