4 Negeri Ini Menjadi Destinasi Tahun Melawat 2019, Apa Yang Menarik Di Sana?

tahun melawat negeri 2019

Setiap tahun, beberapa negeri dan destinasi di Malaysia akan mengadakan kempen melawat sepanjang tahun untuk menarik para pelancong dari seluruh negara. Pada tahun ini negeri yang diberi perhatian menyahut Tahun Melawat 2019 ialah Sarawak, Melaka, Pahang dan Sabah.

Sarawak dan Melaka akan menganjurkan Tahun Melawat Negeri untuk tahun 2019 manakala Pahang mewakili Rompin dan Sabah mewakili Tenom menjadi tuan rumah untuk Tahun Melawat Daerah.

Ini merupakan beberapa pilihan tarikan destinasi pelancongan untuk anda jika melawat ke negeri dan daerah tersebut.

1. Sarawak

Sesuai dengan tagline “More to Discover“, sebagai negeri terbesar di Malaysia sememangnya banyak tarikan yang perlu dikunjungi di negeri bumi kenyalang ini. Sarawak memiliki paling banyak tarikan alam semula jadi seperti taman negara, gua dan tempat perlindungan hidupan liar.

tahun melawat negeri 2019
Sumber: Youtube

Apa yang anda harus cuba di sana?

  • Teroka Taman Negara Mulu yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Di sini pengunjung dapat menyelusuri Gua Rusa yang mempunyai laluan gua terbesar di dunia.
  • Melawat orang utan di Batang Ai. Di sini juga anda dapat melihat sendiri rumah panjang kaum Iban.
  • Pergi ke Sarawak tidak sah jika tidak membeli ikan terubuk masin dan kek lapis Sarawak selain menikmati sajian masakan negeri itu.

2. Melaka

Setiap tahun, berbondong-bondong pengunjung datang ke negeri bersejarah ini dan pada tahun ini Melaka berkempen untuk memeriahkannya lagi sebagai Tahun Melawat Melaka. Apabila musim cuti sekolah, pasti negeri ini sentiasa sesak dengan pengunjung yang datang dari dalam dan luar negeri ini.

tahun melawat negeri 2019
Sumber: Malacca

Apa yang anda harus cuba di sana?

  • Pusat bandar Melaka dikelilingi dengan bangunan bersejarah seperti A’Famosa, Stadhuys dan pelbagai jenis muzium menjadikannya mudah untuk melawat ke semua tempat dalam satu hari.
  • Apabila berada di pusat bandar, jangan lupa jalan-jalan di Jonker Street untuk membeli-belah.
  • Melaka terkenal dengan pelbagai makanan menarik yang sering menular di media sosial seperti asam pedas, kuih tradisional dan coconut shake.

3. Pahang (Rompin)

Salah sebuah daerah yang perlu dikunjungi pada tahun ini, Rompin kaya dengan persekitaran yang menghijau dan laut yang cantik. Daya tarikan utama di sini semestilah Pulau Tioman.

tahun melawat negeri 2019
Sumber: Tempat menarik

Apa yang anda harus cuba di sana?

  •  Taman Negara Endau-Rompin menjanjikan kepuasan buat anda yang meminati aktiviti alam semula jadi. Anda boleh menemui pelbagai flora dan fauna dengan bantuan renjer hutan.
  • Pekan tepi laut Kuala Rompin sesuai untuk anda yang mahukan ketenangan. Pekan kecil dengan tarikan bayu laut antara tarikan menggoda di lokasi ini.
  • Rompin kaya dengan hasil tangkapan laut.  Mahu mendapatkan udang segar, boleh pergi ke sana pada bulan September dan Oktober.

4. Sabah (Tenom)

Jarang sekali Tenom di perkenalkan jika berkunjung di Sabah. Jadi, pada kali ini cuba ubah destinasi ke sini apabila melawat Sabah.

tahun melawat negeri 2019
Sumber: Travel Blog

Apa yang anda harus cuba di sana?

  • Tenom menjadi lokasi berkumpulnya kaum Murut. Pada setiap 31 Mac, mereka akan meraikan Pesta Kalimaran. Pada pesta ini, anda boleh merasai pengalaman kebudayaan kaum yang kaya dengan adat dan budaya.
  • Jika datang ke Tenom, pastilah wajib mencuba kopi Tenom. Pengunjung akan menjumpai beberapa kilang kopi dan melihat proses pembuatan kopi di bandar Tenom.
  • Destinasi pelancongan utama di sini ialah Taman Pertanian Sabah, Pusat Orkid Tenom dan Pusat Kebudayaan Murut. Bagi anda yang meminati aktiviti lasak, boleh ke Sungai Padas untuk mencuba aktiviti white water rafting.

Jadi, sokonglah industri pelancongan negara dengan mengunjungi tempat-tempat yang disenaraikan ini.

Sumber: Star2

 

Sambil melawat tidak sah jika tidak mencuba makanan menarik di sana kan? Tonton

9 antara makanan kegilaan rakyat Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.