4 Rahsia Bandar ‘Pink’ Jaipur Jadi Tumpuan Pelancong Muslim Dunia

Mungkin India bukanlah antara destinasi pelancongan wajib ada dalam wishlist travel ramai orang. Ini kerana kepadatan penduduk mereka hampir 1.359 bilion yang tercatat pada 2018 menjadikan negara India tersangatlah sesak, terutamanya di kawasan-kawasan bandar.

Tetapi tahukah anda, Jaipur merupakan destinasi yang sangatlah berbaloi untuk dilawati, terutamanya kepada pelancong Muslim. Didiami oleh 20% penduduk beragama Islam, Jaipur yang turut dikenali sebagai Pink City kaya dengan sejarah dan budaya menarik.

Kami berikan lima sebab kenapa anda perlu masukkan Jaipur sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya.

1. Banyak gila kawasan makanan halal

Masalah yang biasa dihadapi oleh pelancong Muslim apabila bercuti ialah sumber makanan halal susah didapati. Namun di Jaipur, anda tidak perlu khuatir. Anda boleh nikmati kari, roti nan gebu dan ayam tanduri yang halal di beberapa kedai milik orang tempatan Muslim di sana.

Kalau ke India tidak cuba roti nan dan kari sana, memang tidak sahlah kan? Siapa yang mampu tahan kalau aroma bau kari seakan menggoda nafsu makan anda, bukan?

Jaipur

2. Masjid

Berada berdekatan dengan kawasan tarikan pelancongan, memang mudah untuk pelancong Muslim singgah sebentar bagi menunaikan solat atau duduk berehat. Antaranya ialah Masjid Kidwai Nagar, Masjid E Haizam Farishan, Masjid Noor, Masjid Bilal dan Masjid Paharganj.

Dalam banyak-banyak masjid di Jaipur seperti disebutkan di atas, yang paling utama dan popular ialah Masjid Jama. Dibina pada tahun 1569, Masjid Jama menjadi simbol sejarah penting dan dilindungi di bawah Kajian Arkeologi India.

Sambil-sambil melawat kawasan ibadah penduduk Jaipur, bolehlah kenal dan tahu serba sedikit tentang sejarah dan budaya.

Jaipur

3. Seni bina memukau

Di Jaipur, anda akan terjumpa dengan bangunan-bangunan yang majoritinya dicat dengan warna merah jambu. Maka tidak hairanlah jika Jaipur digelar sebagai Bandar Merah Jambu.

Sangat sesuai dijadikan sebagai hantaran di Instagram, warna bangunan merah jambu di Jaipur sebenarnya sudah bermula sejak zaman pemerintahan Maharaja Sawai Ram Singh I yang mengubah bandar bagi mengalu-alukan kedatangan Putera Wales pada tahun 1876.

Bukan itu sahaja, ada bangunan yang terlihat klasik sehinggakan anda merasakan anda seperti di zaman pemerintahan India dahulu kala.

Jaipur

4. Syurga beli-belah

Peminat hasil kraftangan memang akan rambang mata jika ke Jaipur. Jika tidak dikawal, kemungkinan besar akan dikenakan cas tambahan semasa check-in bagasi nanti. Mana tidaknya, hasil-hasil kraftangan yang dijual di Jaipur memang sangat cantik; kualiti dan corak ‘mewah’ dengan harga berpatutan.

Dari barang kemas, aksesori, permaidani, rempah ratus dan tekstil semuanya menarik!

Jaipur

Dari empat sebab yang kami senaraikan di atas, takkan lah satu pun tidak berjaya pikat hati anda untuk jadikan Jaipur sebagai destinasi pelancongan seterusnya?

Sumber: #HHWT

Ada yang dah ‘berdosa’ dengan kesihatan ke pagi tadi?

7 Makanan Tidak Sihat Namun Jadi Kegemaran Rakyat Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Makanan Tidak Sihat Namun Jadi Kegemaran Rakyat Malaysia

Ada yang sarapan tadi salah satu daripada ini? Mengaku sajalah…

Posted by MakanLena on Sunday, February 17, 2019